MFL nafi dakwaan, pertahan semua pasukan patuh SOP Covid-19

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysian Football League (MFL) menafikan dakwaan bahawa ada kelab Liga Premier tidak mematuhi garis panduan Covid-19 sehingga menyebabkan beberapa pemain dan jurulatih kini disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, salah seorang pemain mendedahkan pasukannya tidak mengendalikan ujian calitan (swab test) sebelum dua perlawanan terakhir Liga Premier dan turut merahsiakan mengenai kes positif Covid-19 di dalam pasukan itu dari pengetahuan umum.

Berita berkaitan : Pemain Liga Premier dedah pasukannya rahsiakan kes positif Covid-19

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abd Ghani Hassan memberitahu, ujian RTK-Antigen dan Polymerase Chain Reaction (PCR) tidak perlu dilakukan bagi perlawanan yang berlangsung di tempat dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Begitupun, setiap pasukan dikehendaki melakukan ujian terhadap pemain mereka sekurang-kurangnya sekali setiap tujuh hari selain memantau aplikasi MySejahtera pemain-pemain mereka.

“Kita sedia maklum mengenai kes-kes positif Covid-19 dalam pasukan Liga Premier. Tetapi berdasarkan semakan, kita rumuskan mereka mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita juga mendapati perlawanan terakhir mereka (pasukan yang dimaksudkan) bermain di tempat dilaksanakan PKPB dan lawan mereka tidak merekodkan sebarang kes positif Covid-19.

“Jadi ianya susah untuk mengatakan punca berlakunya jangkitan. Sebab itu, pemain perlu sentiasa berjaga-jaga. Setiap pasukan harus memeriksa aplikasi MySejahtera setiap tiga hari untuk memantau pergerakan mereka.

“Kita juga telah mengingatkan semua pasukan untuk mengamalkan disiplin kendiri apabila berada di dalam gelembung home based training¬†sebelum ini.

“Bagaimanapun, disebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19, pasukan diminta bertukar kepada gelembung camp-based training kerana ia menawarkan perlindungan yang lebih baik.

“Pemain-pemain perlu menjalani ujian antigen terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kem,” kata Abdul Ghani sambil memberitahu bahawa pasukan perlu mendapat kebenaran daripada polis jika mahu mengadakan perlawanan persahabatan secara tertutup.

Sumber : Clubs are adhering Covid-19 guidelines

Sebagai rekod, pada 2 Mei lalu, MFL memaklumkan dua pemain pasukan Kelantan FC diuji positif Covid-19 sebelum perlawanan menentang Selangor II.

Ini menyebabkan MFL mengarahkan semua perlawanan di Lembah Klang dimainkan tanpa penonton manakala perlawanan antara Kelantan dan Perak II pula ditangguhkan.

Manakala pada 9 Mei, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais mengesahkan Pengarah Teknikal kelab itu, B.Sathianathan serta beberapa jurulatih lain positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.