Mukhriz : Tiada pemain dibayar RM125K, Sanusi tolong henti tuding jari

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilabel sebagai punca kepada masalah kewangan tenat persatuan itu, tampil memberi penjelasan. 

Segalanya bermula dengan keluhan pemain-pemain dan jurulatih pasukan Kedah yang tidak menerima gaji selama lima bulan, di media sosial.

Baca : Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

Presiden KFA yang baru dilantik, Muhammad Sanusi Md Nor pada Ahad lalu kemudiannya memberitahu tidak akan sesekali menggunakan dana kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu.

Malah, beliau menempelak Mukhriz sebagai gagal merancang kewangan persatuan mengikut kemampuan dan tindakan menawarkan gaji tinggi mencecah RM125,000 kepada pemain menyebabkan KFA menanggung beban hutang mencecah RM10 juta lantas membawa kepada masalah tunggakan gaji selama lima bulan.

Baca : Sanusi soal bekas Presiden KFa kenapa boleh tawar gaji pemain sehingga RM125,000

Bagaimanapun ini jawapan Mukhriz :

“Setahu saya tiada pemain yang cecah gaji RM125,000 sekarang ni. Tapi sebelum 2018 memang ada. Pengurusan KFA zaman saya yang runding semula supaya belanja tahunan menurun tanpa menjejas kebajikan pemain dan seluruh pasukan.

“Namun kos naik semula bila KFA layak ke AFC. Kami tetap berusaha untuk biayai segala kos melalui geran kerajaan negeri, PKNK dan swasta.

“Belum sempat KFA dapatkan penajaan, pertukaran kepimpinan pula berlaku. Saya harap presiden sekarang tidak tuding jari kepada kepimpinan terdahulu dan usahakan sedaya boleh untuk selesaikan masalah.

“Kami juga buat begitu apabila mewarisi dari kepimpinan terdahulu. Sebenarnya lebih teruk lagi yang kami warisi ketika itu. Semoga hijau kuning terus mencapai kejayaan.”

SUASANA DI KEM LATIHAN SURAM, PEMAIN HILANG SEMANGAT

Sementara itu, kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar mengakui suasana di kem latihan Kedah serta-merta bertukar suram, malah pemain-pemain juga tidak bersemangat menjalani latihan.

Kekecewaan mereka boleh difahami, lima bulan menunggu penuh sabar, tetap turun menjalani latihan dengan komited walaupun gaji tidak dibayar sekadar untuk mendengar kenyataan yang pedih dari mulut Presiden, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kenyataannya yang mempersoalkan jumlah gaji dibayar kepada pemain selain memberitahu secara terbuka bahawa pemain yang mengharapkan gaji tinggi boleh mencari pasukan lain, yang dianggap tidak mencerminkan profesionalisme.

Baca : Sanusi tegaskan dana kerajaan negeri bukan untuk selesaikan masalah bola

“Tiada wajah gembira di dalam latihan, bukan hanya pemain tetapi jurulatih dan pegawai turut melalui benda sama.

“Kenyataan beliau (Sanusi) memberi gambaran negatif. Sebagai pemain yang berkontrak dengan persatuan, kami perlu dibayar kerana kami juga ada komitmen. Sebelum ini ada janji manis dari bekas Presiden, tetapi sekadar janji sahaja.

“Bolasepak tidak sepatutnya dipolitikkan, tidak sepatutnya timbul isu mengenai gaji kami.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.