Mula Bermain Cantik, Penyokong Gembira Dollah Salleh Kembalikan Seri Bolasepak Pahang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tiada apa yang lebih menggembirakan dan melegakan penyokong Sri Pahang, setelah melihat pasukan mereka kembali menemui rentak kemenangan.

Jika pada pusingan pertama, skuad tok gajah hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan, berbeza ketika ini, mereka menang dua perlawanan pertama pusingan kedua, dan kedua-dua kemenangan hadir selepas pasukan dibimbing semula living legend Datuk Dollah Salleh.

Walaupun Dollah Salleh memulakan tugasnya dengan kekalahan dalam saingan Piala FA kepada Penang, skrip berbeza dilihat dalam aksi Liga Super, dengan Selangor dan Kedah menjadi mangsa kebangkitan.

Lebih daripada itu, rata-rata penyokong, mula berpuas hati melihat pasukan kesayangan mereka ini bermain cantik, kemas dan tersusun berbanding ketika dipegang oleh Christophe Gamel.

Komen pasal Dollah Salleh Mula Bermain Cantik, Penyokong Gembira Dollah Salleh Kembalikan Seri Bolasepak Pahang
Komen pasal Dollah Salleh 2 Mula Bermain Cantik, Penyokong Gembira Dollah Salleh Kembalikan Seri Bolasepak Pahang

Sementara itu, Dollah Salleh ketika diminta mengulas tentang kemenangan ke atas Kedah berkata :

“Walaupun masih belum dapat permainan yang dikehendaki, tetapi saya masih bangga dengan disiplin yang ditunjukkan, terutamanya di bahagian pertahanan. Nampak pemain bekerjasama walaupun masih ada juga kesilapan dilakukan.

“Itu saya cakap, disiplin dalam padang nampak mantap sekarang. Namun saya percaya benda itu boleh diperbaiki dan tahniah kepada semua pemain.”

Beliau juga memberikan kredit kepada Steven Rodriguez yang semakin tajam di depan gol, setelah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan.

“Peningkatan yang mendadak sekali. Alhamdullilah kita dah dapat suntikan (semangat dan gol). Rodriguez jaring empat gol dalam tiga perlawanan, belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Faktornya adalah kerana kita bagi dia kebebasan, tak kongkong dia bermain dengan cara sebelum ini. Saya itu yang dia dapat kebebasan. Kita biarkan apa yang dia nak buat.

“Kita hanya bagitau buat itu dan ini sahaja, tetapi dalam padang dia yang buat sendiri.

“Dengan jaringan ia bukan sahaja memberi kegembiraan kepada semua pemain, tetapi pegawai dan staf pasukan sendiri pun bersemanagat dengan kebangkitan ini,” ujar Dollah.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.