“Mungkin Saya Beri Info Yang Tidak Tepat Kepada TMJ” – Faizal Azumu

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Faizal Azumu menyatakan mungkin ada kesilapan dalam info yang beliau sampaikan kepada pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kos membuat padang baru di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mencecah RM10 juta.

Tunku Ismail sebelum ini menyatakan beliau terkejut mendapat tahu tentang jumlah tersebut kerana hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

“Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up’,” kata Tunku Ismail dalam rancangan [email protected] di Astro Arena. 

Tambah beliau lagi, “Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama… paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?

“Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

“Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa.”

Menjelaskan perkara itu, Faizal Azumu berkata, “Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor termasuk untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara, bukan saja di Bukit Jalil.

“Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.

“Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaik taraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia,” kata Faizal Azumu.  

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.