Nafuzi : ‘Bukan senang nak tembus 9, 10 pemain di pertahanan’

Nafuzi Zain
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas bermula cemerlang dengan memenangi tiga perlawanan pembukaan, Terengganu FC kini gagal untuk menang tiga aksi terakhir.

Pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan di laman sendiri pada Jumaat sekaligus terlepas peluang untuk terus menghambat pendahulu Liga Super Johor Darul Takzim.

Apa sudah jadi kepada Terengganu FC, over-confident sehingga hilang tumpuan, atau ada alasan lain?

Bagi Nafuzi Zain, dia mengakui meraih hanya dua mata dan kehilangan tujuh mata dalam tiga aksi adalah kerugian besar buat pasukan, namun dia optimis Terengganu FC masih di landasan terbaik untuk menyaingi kelompok teratas liga kerana perjalanan liga masih panjang.

“Kita sasar tiga mata, tapi dapat satu mata memang kecewa sebab kita tahu boleh dapat tiga mata, lagipun kita cipta gerakan untuk menjaringkan gol tapi ia bukan perkara mudah, lagipun bertemu PJ City FC ini bukan senang dengan pertahanan sembilan dan sepuluh pemain selain serangan mengejut mereka yang bahaya biarpun mereka tiada import tapi masih mampu bermain dengan baik.

“Tapi keseluruhan saya berpuas hati dengan aksi pemain saya termasuk penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin yang membuat penampilan pertama bersama TFC musim ini,”

“Selepas ini kami perlu perlu tingkatkan lagi corak permainan pasukan biarpun kita tahu TFC berdepan dengan krisis kecederaan yang kritikal selepas tiga tonggak utama termasuk import, Petrus Shitembi, Azalinullah Alias dan terbaru penjaga gol, Rahadiazli Rahalim terpaksa melupakan saingan musim ini.

“Namun itu bukan alasan kerana saya percaya 27 pemain boleh bagi yang terbaik dalam setiap perlawanan, ini juga peluang kepada mereka untuk diturunkan dan perlu mengambil peluang itu dengan memperagakan aksi terbaik,” kata Nafuzi Zain selepas perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, hanya dua percubaan tepat dilakukan Terengganu FC menerusi penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah pada minit ketiga yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.

Satu lagi percubaan menerusi sepakan percuma pemain tengah, Makan Konate pada minit ke-35 yang sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol pelawat.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.