Nafuzi : Kalau takut atau segan, memang tak ke mana

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Terengganu FC akan menyambung semula aksi Liga Super pada 22 Ogos ini, tanpa kelibat pemain sayap import dari Singapura Faris Ramli.

Sang penyu akan menjadi pasukan terawal turun padang untuk ‘Restart’ Liga Malaysia yang kembali bersambung selepas lebih lima bulan apabila bertemu PJ City di Stadium MBBJ, namun Faris Ramli masih belum melapor diri di kem latihan.

Pemain kebangsaan Singapura itu difahamkan baru sahaja tiba di Malaysia pada Rabu selepas melengkapkan segala dokumentasi ditetapkan kerajaan.

Dia perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari terlebih dahulu dan mengambil masa untuk memulihkan stamina serta kecergasan, selain membina semula persefahaman dengan rakan sepasukan, justeru hampir pasti terlepas beberapa perlawanan awal.

Tanpa Faris Ramli, Nafuzi Zain telah mencuba beberapa opsyen lain termasuklah kelibat D.Saarvindran dan Rahmat Makasuf dalam aksi persahabatan.

“Saya dan barisan staf kejurulatihan telahpun merencana solusi untuk menggunakan mana-mana pemain lain dan beberapa calon yang dilihat telah bersedia termasuk beberapa pemain muda TFC.

“Saya telah mengingatkan pemain-pemain terutama pemain muda di TFC untuk menggunakan peluang ini untuk membuktikan kualiti yang mereka ada kerana kita kini bermain bola dalam sistem bukan lagi menumpukan kudrat dan kelebihan individu semata-mata.

“Bola sepak kini memerlukan otak kita untuk berfikir, belajar membuat keputusan dengan pantas ketika beraksi.

“Mereka muda dan mempunyai teknik yang baik, jika mereka mula yakin, mereka boleh beraksi seperti biasa dengan selesa dan mungkin boleh mengatasi rakan yang lebih senior.

“Tetapi jika mereka bermain bola sepak dengan perasaan segan dan takut terutama ketika beraksi dengan pemain senior, mereka tidak akan dapat mempamerkan kualiti sebenar dan akan sentiasa berada di tahap yang sama.

“Saya sentiasa yakin dengan semua pemain saya, ianya memerlukan usaha semua pihak untuk kita menyambung kempen liga dengan keputusan positif, InsyaAllah,” kata Nafuzi Zain.

Selepas PJ City, Terengganu FC akan menentang pula Sabah di laman sendiri pada 27 Ogos disusuli Melaka United pada 1 September dan Johor Darul Takzim pada 5 September.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.