Nafuzi Mahu Tiga Mata Menentang JDT Untuk Perbaiki Kedudukan Dalam Liga Super

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Terengganu akan turun menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Rabu, dalam apa yang disifatkan sebagai ‘pemanas badan’ sebelum kedua-dua pasukan kembali bertembung dalam perlawanan final Piala FA.

Bagi Nafuzi Zain, meskipun pertemuan dengan JDT sentiasa ada tarikan tersendiri, dia menganggap dua perlawanan menentang JDT ini suasananya akan berbeza.

Apapun menurutnya, misi tiga mata tetap menjadi keutamaan bagi memastikan rekod bersih tanpa kalah di laman sendiri kekal selain mahu terus mendaki kedudukan yang lebih baik di pentas liga, justeru mahu penyokong tetap memberikan sokongan penuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Bagi saya aksi malam esok tidak akan sama macam final sebab kita tahu suasana di final pasti akan berbeza berbanding liga.

“Tetapi apa pun mungkin penyokong akan tertunggu-tunggu aksi lawan JDT di final berbanding perlawanan malam esok, cuma kami tetap memerlukan sokongan mereka untuk aksi ini.

“Sekarang pun kita sudah kembali beri perhatian kepada saingan liga untuk rebut kedudukan lebih baik dan pemain-pemain juga dah boleh fokus 100 peratus sebab sebelum ini aksi Piala FA dan liga agak rapat”, jelas Nafuzi Zain.

Dalam masa sama, pengendali dari Kelantan itu tidak gusar meskipun kehilangan beberapa tonggak seperti Faisal Abdul Halim dan Tchetche Kipree susulan tahap kecergasan yang tidak memuaskan dan bersedia melakukan perubahan pemain.

Dan kembalinya Kpah Sherman untuk perlawanan malam esok pastinya akan memberi kelainan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Terengganu.

“Faisal dan Kipree masih belum cergas sepenuhnya manakala Petrus Shitembi dan Habib Haroon juga masih 50-50 untuk diturunkan malam esok.

“Tetapi Kpah Sherman dah kembali dan saya akan tengok juga keadaan pemain lain di mana saya percaya dengan semua pemain yang saya ada sekarang”, tambahnya.

Terengganu FC kini di tangga kelima Liga Super dengan 17 mata setakat ini manakala JDT kekal di takhta liga dengan 35 mata.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.