Nafuzi Zain Akui Main Tempat Sendiri Bukan Jaminan Ke Final

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Terengganu akan melayan kunjungan Selangor dalam aksi separuh akhir Piala FA pada Sabtu, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri, jurulatih Terengganu Nafuzi Zain tidak mahu menganggap ia sebagai satu kelebihan.

“Bagi saya peluang buat kedua-dua pasukan adalah seimbang iaitu 50-50 untuk mara ke pentas final merebut trofi Piala FA, ini kerana pasukan Selangor pun mempunyai kualiti dan persembahan pasukan itu juga baik selain koleksi jaringan mereka dalam saingan Liga Super kedua terbanyak selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Maknanya bukan jaminan dan tugas mudah buat anak buah saya melakar kemenangan tambahan semua pemain mereka berkemampuan untuk menjaringkan gol berdasarkan aksi mereka dalam saingan Liga Super sebelum ini.

“Tapi yang penting kita sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental selain kekal fokus untuk mengharungi aksi sebenar 90 minit kerana bagi saya tiada istilah pasukan pilihan walaupun beraksi di tempat sendiri,” katanya dipetik dari BH Sukan.

Tambah Nafuzi Zain, “Kita harap pemain berjaya mencipta banyak peluang dan dapat menjaringkan gol sebab perlawanan penting ini macam-macam boleh berlaku, pemain perlu menghadiahkan kemenangan kepada peminat setia tapi usah terlalu yakin.

“Bermain seperti biasa mengikut perancangan kerana ini adalah peluang terbaik untuk mara ke final selepas kali terakhir 11 tahun lalu.”

Nafuzi juga ceria kerana akan dapat menggunakan semula khidmat pemain pertahanan Pepe Diakite yang sebelum ini tidak dapat diturunkan ketika perlawanan suku akhir kerana menerima kad merah ketika berdepan Kedah di pusingan kedua.

Dia dijangka bergandingan dengan Shahrul Nizam Ros Hasni, Azam Azmi Murad dan Alif Zakaria di pertahanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.