Nafuzi Zain Tabik Peranan Tiga ‘Enjin’ Tengah Pasukan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Peranan penting dimainkan tiga tonggak tengah import dalam dalam memacu Terengganu FC melakar kemenangan 3-0 ke atas PJ City FC dalam aksi Liga Super pada Rabu mendapat pujian Nafuzi Zain.

Pengendali itu mengakui gandingan tiga pemain import iaitu Dechi Marcel, Makan Konate dan Habeeb Haroon di bahagian tengah sebagai nadi utama yang cukup bijak mengawal corak permainan untuk membantu rakan sepasukan baik di pertahanan dan serangan.

Aksi mereka di atas padang nyata berjaya memberi masalah kepada lawan untuk melakukan asakan selain berjaya untuk mengawal pergerakan bola dengan lebih aggresif bagi membantu rakan pasukan memburu jaringan.

Apatah lagi, selepas mereka seri dan tewas dan dua perlawanan terdahulu, Nafuzi menganggap kebangkitan yang ditampilkan oleh anak buah benar-benar di luar jangkaan walaupun rata-rata pemain sudah agak kepenatan pada separuh masa kedua perlawanan.

“Bagi saya, bahagian tengah merupakan enjin kepada pasukan kerana kalau mereka dapat bermain dengan baik, yang lain juga akan dapat beri persembahan yang baik.

“Ketiga-tiga pemain ini memang penting kerana mereka dapat mengawal corak permainan, menggerakkan pasukan, dan membantu juga dari segi bertahan dan menyerang, jadi mereka betul-betul jadi peranan untuk pasukan.

“Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada semua pemain yang bekerja keras selepas tiada jaringan dilakukan dalam dua aksi sebelum ini, dan mereka tetap bermain dengan baik walaupun pada minit-minit terakhir untuk menjaringkan gol.

“Sepertimana penyerang, David Da Silva, saya tahu kualiti yang ada pada dia dan apabila saya tengok dia bermain malam ini, saya percaya dia boleh menjaringkan gol, cuma kalau nak melakukan jaringan, ia bukan bergantung kepada dia seorang, tetapi kepada orang lain juga”, jelasnya.

Terengganu FC ketika ini di tangga kedua Liga Super setelah mengumpul 34 mata, lapan mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.