‘Nak jadi feeder team KL boleh, tapi pakai duit sendiri lah, takkan datang kosong jer’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Baru-baru ini Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustafa menyatakan kesediaan persatuan itu menjadikan Felda United atau UKM FC sebagai feeder team atau pasukan pembangunan kepada skuad Kuala Lumpur yang akan beraksi di Liga Super.

Baca : Kuala Lumpur tawar Felda United atau UKM FC jadi feeder team

Nokman menekankan ia satu cara untuk membantu pasukan itu yang berdepan masalah mencari dana untuk mengurangkan kos operasi dalam masa sama dapat untuk terus bermain dalam saingan Liga Malaysia.

Felda United sebelum ini telah menyatakan hasrat mahu menarik diri dari Liga Malaysia berikutan masalah kewangan tetapi dijangka akan membuat pusingan u, manakala UKM FC pula telah diberikan lesen bersyarat dan mereka masih bergelut mendari sumber kewangan.

Justeru Nokman berpendapat ini boleh menjadi talian hayat kepada satu daripada dua pasukan itu, tetapi menyatakan menjadi feeder team kepada Kuala Lumpur bukannya bermaksud mereka sudah tidak perlu mengeluarkan duit, sebaliknya perlu tetap memastikan mempunyai kewangan mencukupi untuk beroperasi.

“Kalau nak jadi feeder team Kuala Lumpur, memang kita alu-alukan untuk bekerjasama dengan pasukan yang berminat, tetapi kenalah ada duit, takkan kosong sahaja?

“Lagi pun, dah banyak yang pasukan itu jimat sebab dah tak ada pasukan Piala Presiden mahupun Piala Belia.

“Mereka hanya perlu fikir mengenai pembangunan pemain-pemain muda di dalam pasukan, yang mana boleh dikatakan kesemua mereka takdelah bergaji besar, pemain import pun mungkin pakai dua jer jadi tak banyak belanja. Itu kelebihan untuk mereka.

“Tapi kalau jadi feeder team Kuala Lumpur dan nak guna duit KLFA, memang tak bolehlah. Sepatutnya pasukan itu sendiri sudah mempunyai dana yang cukup,” ujar Nokman.

Menurutnya lagi, Felda United dan UKM FC hanyalah satu daripada pilihan untuk diajak bekerjasama dan sekiranya mereka tidak mahu, KLFA bercadang mengetengahkan feeder team sendiri dalam saingan Liga M3.

“Memang benar walaupun pasukan itu bukan daripada Liga Super atau Liga Premier tetapi mereka ada pemain import.

“Saya sebenarnya nak ketengahkan pemain-pemain muda bawah usia 22 tahun, yang ‘baik-baik’ kita serap ke atas (beraksi bersama Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super).

“Bagi tahun ini sahaja, kami ada 12 pemain muda yang baik tapi saya hanya naikkan tiga pemain, lagi sembilan pemain saya kekalkan dengan feeder team kita,” kata Nokman dipetik dari Sinar Harian.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.