Nama Kedah dibuang, penyokong bengang dengan alasan mengarut Presiden KFA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasukan bolasepak Kedah akan dikenali sebagai Darul Aman FC (DFC) selepas lengkapnya proses penswastaan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.

“Darul Aman FC nama yang didaftarkan, DFC ini akan ada logonya sendiri dan kita sudah daftarkan mengikut peraturan pendaftaran. Logo baharu perlu lain daripada logo Lang Merah dahulu, dan ini adalah transformasi serta pembaharuan yang dilakukan,

“Bayangan logo baharu pula ada imej bola, bunga padi, perisai, bintang, warna hijau, warna kuning dan merah.

“Apa yang kita gabungkan ini ada keterangan dan penjelasannya dan kita akan terangkan pada majlis pelancaran nama baharu kelab ini nanti.”

Darulaman Fc Nama Kedah dibuang, penyokong bengang dengan alasan mengarut Presiden KFA
Bayangan awal logo Darul Aman FC. Kredit Foto : Whatsapp Group

“Secara formaliti penswastaan ini hanyalah atas kertas sahaja, sementara sokongan rakyat Kedah pada bola sepak pula, Kedah itu masih guna gelaran Hijau Kuning dan lagu yang sama, cuma kita kena letak nama baharu sahaja,” kata Muhammad Sanusi.

Kedah menjadi pasukan terbaru untuk melengkapkan proses penswastaan meskipun sebelum ini dikhuatiri akan gagal berbuat demikian kerana masalah dokumentasi.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Muhammad Sanusi mengenai sebab nama Kedah tidak digunakan sebagai nama baru pasukan ternyata mengecewakan penyokong setia mereka.

“Bila kita fikir-fikir Kedah Football Club akan jadi KFC, (kita) tidak mahu jadi ayam goreng, nak elak daripada ayam goreng kita namakan Darul Aman FC (DFC), masih guna warna yang sama, lagu yang sama, hijau kuning, kita boleh bersorak sama.

Sementara itu, Sanusi memberitahu setakat ini KFA memegang saham 100 peratus ke atas pemilikan DFC dan ruang pemilikan saham pada syarikat baharu ini masih dibuka kepada pihak berminat.

“Beberapa pihak sudah membuat temujanji untuk berbincang dan kita bersedia berjumpa dengan sesiapa pun yang berminat untuk beli saham DFC ini.

“Sebelum ini, Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) berhasrat membeli saham DFC, namun mereka belum mengemukakan dokumen yang diminta termasuk keupayaan kewangan untuk memiliki saham ini.

“Pihak KAKB memohon membeli 51 peratus saham, dan contoh jika saham DFC ini bernilai RM30 juta, mereka kena tunjuk yang mereka ada duit lebih daripada RM15 juta,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.