Nama KL City FC sudah 10 tahun didaftarkan oleh pasukan futsal

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasukan futsal Kuala Lumpur City FC mengakui terkejut dengan pengumuman oleh Malaysian Football League (MFL) bahawa nama baru Kelab Bolasepak Kuala Lumpur United adalah sama dengan nama pasukan mereka.

Menerusi kenyataan media, pasukan itu memaklumkan bahawa mereka telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sejak 10 tahun lalu justeru akan berbincang dengan pengurusan KL United mengenai kekeliruan ini.

“Sebagai sebuah kelab profesional yang masih aktif beraksi di kancah Malaysia Premier Futsal League, KL City FC percaya ia merupakan satu perkara yang tidak disengajakan apabila sebuah kelab bolasepak tempatan mendaftarkan diri menggunakan nama sama.

“Sepertimana sedia maklum, kelab ini telah berdaftar dengan ROS sejak 10 tahun lalu.

“Ia adalah amat jelas bahawa KL di dalam nama itu bermaksud ‘Kuala Lumpur’ dan kami telah menggunakan nama Kuala Lumpur City FC untuk menunjukkan identiti kelab ini di media termasuk melalui akaun-akaun media rasmi.

“Pengumuman MFL mengenai pertukaran nama kelab bolasepak Liga Super Kuala Lumpur United kepada Kuala Lumpur City nyata memeranjatkan kami kerana nama KL City FC sah didaftarkan dari segi undang-undang mengenai pertubuhan kelab.

“Kami akan menangani perkara ini secara profesional dan mesra dengan pihak berkaitan secepat mungkin kerana terdapat kekeliruan atau salah faham di pihak KL United FC semasa mendaftar nama baru mereka.

“Kami memandang serius perkara ini dan percaya permasalahan yang timbul ini adalah berkaitan dengan pengurusan organisasi dan pihak kami akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyelesaikannya,” ujar pasukan futsal KL City FC.

Sebagai rekod, MFL mengumumkan pertukaran nama KL United FC menjadi KL City FC pada Khamis lalu, dan pasukan itu juga akan menggunakan logo baru.

Pertukaran itu dibuat hanya beberapa hari selepas pasukan itu mengumumkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Penasihat dan Presiden baru kelab.

Berita berkaitan : Annuar Musa buat comeback bersama KL United! 

Berita berkaitan : KL United tukar nama dan logo beberapa hari selepas dapat kepakaran Annuar Musa

Tindakan pengurusan pasukan itu berbuat demikian bagaimanapun tidak disenangi penyokong setia mereka yang berpendapat Tan Sri Annuar Musa telah merubah identiti pasukan dalam masa sama mereka menyelar logo yang dianggap sebagai ‘sarkas’.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.