Nampak tak kebijaksanaan JDT pinjamkan Safawi Rasid ke Portimonense ..

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pada ketika ada yang menganggap kepulangan awal Safawi Rasid dari tempoh pinjamannya selama semusim di SC Portimonense sebagai satu kegagalan, bekas pemain kebangsaan Azlan Johar pula berpendapat sebaliknya.

Seperti diketahui Safawi Rasid dipinjamkan ke kelab Portugal itu pada Oktober tahun lalu tetapi gagal untuk bermain dalam satupun perlawanan Liga Primera sebelum dia dipanggil balik oleh Johor Darul Takzim (JDT) dua bulan kemudian.

Menurut Azlan Johar, itu adalah kebijaksanaan JDT dalam memastikan pemain mereka mendapat pendedahan berguna di luar negara dan Safawi Rasid membuktikan perkara itu dengan menunjukkan bahawa permainan dia semakin bertambah baik, bukannya berkarat.

“JDT ini pandai, mereka menghantar pemain mereka untuk mendapat pengalaman bermain di luar (negara). Seperti Safawi, dia balik bukan menunjukkan dia gagal, dia balik dengan membawa kematangan ke dalam pasukan JDT.

“Dia sudah dapat tengok apa yang berlaku di sana (Portugal), bagaimana nak naikkan tahap dia. Malah, dia juga antara pemain terbaik di Malaysia dan mendapat pula latihan di Portugal.

“Walaupun tak dapat bermain, tapi kita tak boleh nak keji atau kutuk dia. Pada saya, JDT hantar dia ke sana untuk menaikkan kebolehan dia sendiri.

“JDT sebenarnya mendapat sesuatu yang berharga di atas pemergian Safawi ke sana. Safawi jadi lebih matang dan kematangan itu akan beri banyak kelebihan kepada rakan dalam pasukan,” kata Azlan Johar yang merupakan bekas pemain Selangor dipetik dari BH Sukan.

Dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2021 pada Jumaat lalu, Safawi Rasid tampil cemerlang apabila meledak gol pembukaan ketika membantu JDT menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim Larkin, seterusnya merangkul Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keenam.

Pemain kelahiran Terengganu itu telah bersama skuad Harimau Selatan sejak tahun 2017 dan merupakan tonggak utama Harimau Malaya.

Dia pernah dinobatkan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia dua kali pada 2018 dan 2019, manakala pada 2020 memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik apabila menjaringkan tujuh gol untuk membantu JDT menjuarai Liga Super kali ketujuh.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.