‘Nasip sayang mak, tempatkan ibuku dalam kalangan orang beriman Ya Allah’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain skuad B-19 kebangsaan, Mohd Nasip Mohammad Zain diberi pelepasan daripada kem latihan pusat oleh Brad Maloney berikutan ibunya meninggal dunia, pada Ahad malam.

Pemain itu difahamkan telah terbang ke Sabah pagi ini, disahkan sumber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berkongsi perasaannya di instastory, Nasip menulis : “Cepat sangat Allah ambil mak dari kami. Nasip sayangkan mak, tempatkan ibuku dalam kalangan orang beriman Ya Allah.”

Nasip sayang ibu 'Nasip sayang mak, tempatkan ibuku dalam kalangan orang beriman Ya Allah'

Nasip Zain mother pass away 'Nasip sayang mak, tempatkan ibuku dalam kalangan orang beriman Ya Allah'

Nasip, produk Piala Belia Sabah kelahiran Semporna merupakan salah seorang pemain utama skuad B-19 kebangsaan, di mana dia pernah membantu pasukan negara mara ke final Kejohanan AFF B-18 pada tahun lalu.

Sementara itu, Brad Maloney telah menggugurkan empat pemain selepas dua minggu penilaian dibuat iaitu penjaga gol Azlizan Mohd Azlan dan Nazemizan Naslon (Sabah); serta Zarif Syamil Mohd Zaman dan Abdul Raziq Abdul Rahim (Melaka).

Brad Maloney bagaimanapun telah memanggil seorang pemain baru Syahmi Adib Haikal Mohd Syukri dari Akademi Mokhtar Dahari B-17 menjadikan jumlah pemain di dalam kem ketika ini adalah 31 pemain.

Jumlah ini belum disertai oleh beberapa tonggak utama seperti Firdaus Imran, Ahmad Zikri Khalili, Harith Haikal, Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal.

Skuad B-19 kebangsaan ketika ini dalam persiapan untuk menghadapi pusingan akhir Kejuaraan AFC B-19 di Uzbekistan pada Oktober depan, dengan Malaysia telah diundi bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman dalam Kumpulan D.

Empat pasukan semifinalis akan mendapat tiket beraksi di Kejohanan Piala Dunia B-20 di Indonesia tahun depan.

Memandangkan Indonesia sebagai tuan rumah sudahpun layak secara automatik ke Piala Dunia B20, maka seandainya mereka muncul sebagai satu daripada empat semifinalis, tiga perlawanan play-off akan diadakan untuk mencari pasukan kelima dari benua Asia bermain di Piala Dunia B20 itu.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini adalah  muncul naib juara sebanyak tiga kali pada 1959, 1960 dan 1968 ketika ia dikenali sebagai Kejuaraan Remaja AFC.

Pencapaian terbaik terakhir pula adalah pada 2004 apabila skuad kendalian K.Rajagobal ketika itu layak ke suku akhir sebelum kecundang 3-0 di tangan China.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.