Negeri Sembilan Belum Terjamin Ke Liga Super

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Walaupun slot ke Liga Super 2022 boleh dikatakan sudah berada dalam genggaman, Negeri Sembilan FC masih berpotensi ‘terciduk’ memandangkan Kuching City FC masih mempunyai baki enam perlawanan untuk diharungi.

Jika Negeri Sembilan FC tewas baki dua perlawanan, dan Kuching City menang kesemua baki perlawanan mereka, maka mereka akan dipintas menerusi beza jaringan dan K.Devan tidak mahu situasi itu berlaku lantas mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan semasa.

“Secara matematiknya, kedudukan kita masih belum selamat sebab kalau Kuching City menang semua perlawanan, dan kita tercicir mata dalam dua lagi perlawanan, mereka akan ada kutipan mata yang sama dengan kita, jadi Kuching masih berpeluang lagi untuk layak ke Liga Super,” kata Devan selepas pasukannya menewaskan Kuching City bimbingan Irfan Bakti 2-1 pada Rabu.

“Cuma apabila kita menang ke atas mereka, sekurang-kurangnya lega sedikit dan selepas ini kita ada peluang untuk kejar balik Sarawak United kerana lawan mereka selepas ini boleh dianggap kuat, jadi kita tengoklah macam mana”, tambahnya.

Baca : Kisah K.Devan Julang Liga Super Tiga Kali Dalam Lima Musim

Kedudukan terkini Liga Premier 2021 menyaksikan Sarawak United FC menerajui Liga Premier dengan 37 mata, manakala Negeri Sembilan FC di tangga kedua dengan 35 mata.

Manakala Kuching City FC di tangga kesembilan dengan 17 mata setakat ini yang bermakna Negeri Sembilan FC memerlukan hanya satu mata lagi untuk menjamin kemaraan ke Liga Super.

Sementara itu, kejayaan Negeri Sembilan menewaskan Kuching City juga secara automatiknya menghadiahkan slot ke Liga Super kepada pasukan Sarawak United.

Begitupun ketua jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan menegaskan belum masanya lagi untuk barisan pemain meraikan kejayaan tersebut sebaliknya mahu anak buahnya mengambil serius tiga perlawanan berbaki bagi memastikan kejuaraan Liga Premier menjadi milik mereka.

“Persembahan pemain yang kita boleh banggakan dan saya sebagai jurulatih hanya menjalankan tugas sahaja untuk memastikan pasukan mampu ke Liga Super musim depan.

“Sudah tentu lega sebab dah melepasi sasaran pertama, itu yang paling penting, cuma apabila kita dah layak awal, selepas ini sudah pasti kita fokus misi untuk menjadi juara pula.

“Selepas ini, saya percaya baik Negeri Sembilan dan Kuching City, dua dua akan bagi tentangan lebih hebat apatah lagi Kuching juga masih berpeluang untuk menyaingi Negeri Sembilan, yang penting untuk kami adalah baki tiga perlawanan akan datang ini,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.