Neitzel Percaya Selangor FC Sepatutnya Ratah Perak Lebih Daripada 3 Gol

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selangor FC tampak berada di prestasi terbaik mereka sejak sekian lama dan empat kemenangan berturut-turut dilakar melonjakkan mereka ke kedudukan ketiga Liga Super ketika ini.

Berdasarkan prestasi ditunjukkan serta peluang dicipta barisan pemainnya ketika menewaskan Perak FC 3-0 pada Sabtu, pengendali Selangor FC Karsten Neitzel berpendapat mereka sepatutnya boleh menang dengan lebih banyak gol.

““Ia terlalu mudah, walaupun kami tidak bermain dengan baik tetapi kami berjaya mendapatkan tiga mata malam ini. Terutamanya dalam 30 minit pertama, kami gagal mengawal perlawanan dan untuk bermain mudah. Kami juga mudah kehilangan bola. Selepas gol pertama, ia semakin baik dan diteruskan di babak kedua.

“Persoalan saya, kenapa kami gagal meledak lebih banyak gol? Tetapi, Perak juga berbahaya terutamanya menerusi (Sergio) Aguero dan Nana Poku. Apa pun saya gembira kami tidak dibolosi dan meraih kemenangan keempat berturut-turut.

“Di atas kertas kami adalah pemenang dan selepas perlawanan juga kami menang. Tetapi aksi di padang kurang meyakinkan. Kami mampu meledak lebih banyak gol.

“Kami boleh bermain lebih baik tetapi saya terimanya kerana kami menang,” ujar Karsten Neitzel selepas perlawanan.

Dalam aksi berlangsung di Stadium Ipoh, Oliver Buff membuka jaringan pada minit ke-42 selepas rembatannya gagal diselamatkan Azri Ghani.

Red Giants mengukuhkan kedudukan sebelum babak pertama berakhir apabila Ifedayo Olusegun menanduk masuk hantaran sepakan percuma Oliver Buff.

Ifedayo Olusegun melengkapkan kemenangan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59 untuk Selangor membawa pulang tiga mata.

Ia juga adalah gol ke-21 dan 22 Ifedayo Olusegun musim ini meletakkannya terus mengungguli carta penjaring.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.