Frank Lampard, Chelsea takkan menang apa-apa dengan Kepa Arrizabalaga

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengatakan dia gembira dengan prestasi penjaga gol Kepa Arrizabalaga ketika pasukannya memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton & Hove Albion, tetapi pendapat berbeza disuarakan Gary Neville.

Bekas pemain England dan Manchester United itu mengatakan sukar untuk Lampard memacu the blues mencabar Liverpool dan Manchester City jika masih mempertaruhkan kudrat penjaga gol termahal dunia itu di gawang.

Ini berikutan Arrizabalaga sekali lagi melakukan kesilapan yang menjadi punca terhasilnya gol tunggal Brighton, menyaksikan dia kini telah bolos 9 kali dari 13 percubaan tepat ke arahnya.

“Chelsea berbelanja besar dan bercakap mengenai mahu memenangi liga tetapi jangan harap boleh melakukannya jika berterusan melepaskan gol seperti ini.

“Ini akan menjadi masalah yang cukup besar, bayangkan ia bukannya percubaan yang berbahaya, bukan tendangan yang kuat tetapi dia gagal menyelamatkannya.

“Dia hanya melihat dari jauh, saya tidak tahu apa yang berlaku. Penjaga gol termahal dunia bernilai £70 juta melepaskan gol tendangan lemah dari luar kotak penalti. Ia adalah kisah yang menyedihkan.

“Beberapa tahun dulu, saya selalu mengkritik prestasi Loris Karius dan Simon Mignolet, Liverpool melepaskan 50 gol semusim. Tetapi apabila Allison Becker masuk, segalanya kembali menjadi normal.

“Sama juga kisahnya di Manchester United ketika zaman saya bermain, selepas Peter Schmeichel keluar kita lalui tempoh sukar dan segalanya berubah apabila Edwin Van Der Sar masuk.

“Begitu juga di Manchester City pada musim pertama Pep Guardiola, Claudio Bravo selalu melepaskan gol-gol mudah dan peratusan dia menyelamatkan percubaan sangatlah rendah. Apabila Ederson masuk segalanya kembali terkawal.

“Jika penjaga gol tidak bermain dengan betul maka pasukan anda akan bergelut untuk melangkah jauh. Lampard tidak akan sama sekali menang liga  dengan seorang penjaga gol yang melepaskan gol dari luar kotak penalti, tidak dapat mendominasi posisi sendiri dengan betul, dan melepaskan gol menerusi set-pieces. Ia tidak akan berlaku.

“Sejauh ingatan saya boleh pergi, tiada pasukan di EPL yang pernah menang liga dengan mempunyai seorang penjaga gol utama yang level sederhana.

“Ia adalah satu amaran tegas, Frank Lampard sedar perkara ini, dia telah bermain dengan pasukan yang pernah menjulang gelaran liga, jadi dia tentu tahu apa perlu dibuat.

“Dia perlu singkirkan Kepa dan membawa masuk penjaga gol baru kerana Frank akan dipecat jika Chelsea tidak memenangi EPL dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Dia telah membelanjakan lebih £200 juta jadi dia perlu melakukannya. Itu yang dilakukan oleh Pep, Klopp malah Alex Ferguson. Dia tidak boleh terus mempertahankan Kepa, dia perlu melakukannya demi masa depan sendiri.

“Dia sudah berbelanja besar, jadi perlu ada pulangan,” ujar Neville.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.