Neymar menyesal tak tumbuk muka selepas kena kad merah kerana ‘pukul curi’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Saingan Ligue 1 baru berlangsung dua perlawanan, tetapi sudah ada insiden panas disaksikan.

Skuad dibarisi pemain bintang, Paris Saint Germain tewas buat kali kedua setelah kecundang 0-1 kepada Marseille dalam perlawanan yang menyaksikan lima pemain dilayangkan kad merah – 3 pemain PSG dan 2 pemain Marseille awal pagi tadi.

Semuanya berlaku pada masa kecederaan ketika perlawanan sudahpun hampir ke wisel penamat dengan pengadil terlebih dahulu melayangkan straight red card kepada pertahanan PSG Layvin Kurzawa dan bek kiri Marseille, Jordan Amavi yang terbabit dalam pergaduhan.

Ia kemudian disusuli kad merah (kad kuning kedua) kepada Leandro Paredes (PSG) dan Dario Benedetto (Marseille).

Superstar PSG Neymar menjadi pemain terakhir diperintah keluar padang dengan menerima layangan straight red card selepas pengadil merujuk kepada VAR, di mana bintang Brazil itu didapati ‘pukul curi’ kepala Alvaro Gonzalez.

Perlawanan di Parc des Princes itu pada hakikatnya berlangsung tegang sejak dari minit pertama dengan pengadil terpaksa bekerja keras mengawal permainan dan layangan 12 kad kuning disaksikan sepanjang 90 minit sebelum berlakunya pesta kad merah.

Marseille beroleh gol tunggal kemenangan menerusi bekas pemain Newcastle United, Florian Thauvin.

Ia adalah kemenangan pertama Marseille ke atas PSG dalam tempoh 9 tahun sejak kali terakhir menang 3-0 di gelanggang sendiri pada 2011, dan juga kemenangan pertama di Parc des Princes dalam tempoh 10 tahun.

Kemenangan Marseille juga menambah duka PSG yang sebelum ini gagal mengatasi rekod dipegang pasukan itu yang kekal sebagai satu-satunya pasukan Liga Perancis yang pernah menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL). PSG tewas kepada Bayern Munich dalam aksi final (UCL) pada bulan lalu.

Selepas perlawanan, Neymar memberitahu kepada pegawai perlawanan Alvaro telah mengeluarkan kata-kata rasis kepadanya dan meluahkan perasaan di twitter.

“Untuk VAR mengesan serangan saya (ke atas Alvaro) adalah mudah, sekarang saya mahu lihat ia (VAR) tunjukkan muka si rasis yang memanggil saya ‘a monkey son of a bitch’, saya mahu melihatnya. Dan selepas itu?

Neymar tweet Neymar menyesal tak tumbuk muka selepas kena kad merah kerana 'pukul curi'

“Saya buat rainbow flick (skill dalam bolasepak) saya dihukum, sekadar tepuk kepala saya diperintah keluar padang. Bagaimana dengan mereka, apa (tindakan) selepas ini.”

“Satu-satunya penyesalan saya adalah tidak menumbuk muka si bodoh ini.”

Sumber gambar : Zimbio

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.