Olimpik 2020 : Zhi Jia vs Chen Long di pusingan kedua, Momota tersingkir awal

Lee Zhi Jia Olimpik 2020
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kejutan besar disaksikan di gelanggang badminton pada hari kelima Sukan Olimpik 2020, apabila pemain nombor satu dunia yang juga wakil tuan rumah, Kento Momota ditunjukkan jalan keluar sekaligus meleburkan hasratnya mengenggam emas di laman sendiri.

Momota tewas mengejut straight set di tangan pemain bukan pilihan dari Korea Selatan, Heo Kwang-hee 15-21, 19-21 dalam aksi berlangsung 52 minit di Plaza Sukan Musashino.

Ini adalah penampilan pertama Momota di pentas Olimpik, lima tahun lalu dia tidak beraksi di Olimpik 2016 berikutan digantung setelah digantung kerana berjudi di kasino tidak berlesen.

Badminton perseorangan lelaki di Olimpik 2020 menyaksikan 48 pemain dibahagikan kepada 16 kumpulan, dan hanya juara kumpulan sahaja yang meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Momota sebelum ini menang aksi pertama ke atas Timothy Lam dari Amerika Syarikat 21-12, 21-9 dan perlu menang ke atas Kwang Hee untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan A namun tuah ternyata tidak memihak kepadanya.

Dalam pada itu, wakil negara, Lee Zhi Jia tidak bermasalah untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Olimpik 2020 setelah mudah membenam pemain Perancis, Brice Leverdez dengan keputusan 21-17-21-5.

Juara All England itu yang turut membuat penampilan sulung di pentas olimpik muncul juara Kumpulan M dengan melakar dua kemenangan, pada Ahad lalu dia menewaskan pemain Ukraine Artem Pochtarov.

Namun tugas lebih mencabar menanti Zhi Jia di pusingan kedua di mana dia akan berdepan penyandang pingat emas, Cheng Long.

Cheng Long mara selepas menjuarai Kumpulan N dengan menewaskan pemain tidak ternama dari Sepanyol, Pablo Abian.

Foto ehsan : Majlis Sukan Negara/Annice Lyn

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.