Padah main-main, KLFA dan KL City diheret ke FIFA!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sudah bagi peluang dengan membuka pintu rundingan tetapi tidak digunakan.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC nampaknya menerima natijah daripada sikap sambil lewa di dalam menyelesaikan isu penamatan kontrak secara sebelah pihak Simon Elissetche, apabila mereka bakal diheret ke FIFA.

Simon Elissetche diumumkan sebagai ketua jurulatih KL City (sebelum ini dikenali KL United) bagi musim 2021 pada Disember lalu setelah dia menandatangani kontrak ditawarkan KLFA, tetapi kemudian kontraknya dibatalkan secara sebelah pihak atas alasan lesennya tidak diiktiraf Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Dia membuat keputusan memfailkan saman RM3.5 juta sebagai pampasan kontrak ditamatkan tanpa alasan munasabah, selain ganti rugi imej berikutan KLFA mencemarkan namanya sehingga memberi kesan kepada karier kejurulatihannya.

Begitupun Simon Elissetche masih ‘memberi muka’ kepada dua persatuan itu untuk duduk berbincang dan mencari solusi apatah lagi KLFA menerusi Setiausaha Agungnya, Nokman Mustaffa sebolehnya mahu selesaikan perkara ini tanpa membabitkan tindakan undang-undang, namun sudah hampir tiga bulan berlalu tiada solusi diperolehi.

“Selepas sidang media diadakan, ada beberapa kali perbincangan diadakan dengan mereka tetapi tiada perbincangan serius. Kita lihat lebih kepada sekadar untuk menarik masa.

“Mereka panggil kami datang untuk berbincang dan selepas berjumpa, mereka tanyakan apa yang kami mahu tetapi lepas kami nyatakan kehendak kami, mereka terus senyap.

“Disebabkan isu ini tidak menemui jalan penyelesaian, kami akan failkan kes ini ke FIFA berkemungkinan besar dalam beberapa hari lagi. Jadi kita akan tunggu FIFA buat keputusan,” kata Zhafri Aminurashid, peguam kepada jurulatih itu sambil memberitahu buat masa ini hanya kes penamatan kontrak secara sebelah pihak sahaja akan diberi keutamaan.

Tambah Zhafri, “Bagi kes sivil, kita akan menunggu Simon kerana dia tidak berada di Malaysia. Kita ada tempoh enam tahun untuk memulakan tuntutan sivil jadi kita tunggu masa yang sesuai. Cuma arahan Simon memang jelas iaitu dia mahu teruskan kedua-dua kes iaitu kes FIFA dan juga kes tuntutan sivil itu.”

Sebagai rekod Simon Elissetche merupakan jurulatih berasal dari Chile dan pernah membimbing pasukan kebangsaan Timor Leste.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.