Pahang takkan mudah tunduk, tuntut asas penghakiman oleh FIFA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Apa asas Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menerima aduan yang difailkan oleh Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memerlukan jawapannya.

Mereka tidak akan sewenang-wenangnya tunduk dengan arahan untuk membayar RM4.9 juta kepada pemain sayap dari Gambia itu dalam masa 45 hari sebaliknya akan cuba mencabar keputusan itu bagi mendapatkan alasan penghakiman oleh FIFA.

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana ini adalah perkara melibatkan undang-undang cuma PBNP juga kemungkinan melantik peguam dari luar negara untuk membantu dalam menyelesaikan kes Sumareh ini,” ujar bekas pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC.

Datuk Suffian turut menegaskan isu ini adalah melibatkan FIFA dan PBNP, bukannya Sri Pahang FC.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam berkata PBNP ada 10 hari untuk berbuat demikian dan menegaskan sekiranya FIFA tidak menerima sebarang rayuan dalam tempoh itu, PBNP dianggap telah bersetuju dengan hukuman yang dikenakan.

Sebagai makluman, arena bolasepak tempatan digemparkan sekali lagi pada Sabtu apabila PBNP diarahkan FIFA untuk membayar Sumareh sebanyak US$1.2 juta (RM4.9 juta) setelah mereka menerima aduan pemain naturalisasi Harimau Malaya itu berhubung tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak.

Berdasarkan kontrak, Sumareh difahamkan sepatutnya menerima peningkatan gaji US$5,000 (RM20,362) setahun selepas tahun keduanya bersama Pahang iaitu bermula 2019.

Bagaimanapun dia mendedahkan bukan sahaja tidak menerima peningkatan gaji malah turut berlaku tunggakan gaji yang membawa kepada episod dia membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan pasukan itu.

Justeru, jumlah RM4.9 juta yang diputuskan oleh FIFA itu merupakan jumlah keseluruhan tunggakan gaji, peningkatan tahunan yang sepatutnya diterima Sumareh selain  pampasan pelanggaran kontrak bagi tahun 2020 dan 2021.

Ini menjadikan RM4.9 juta yang perlu dibayar kepada Mohamadou Sumareh itu merupakan jumlah tertinggi perlu dibayar sebuah pasukan Liga Malaysia kepada pemain yang memenangi tuntutan FIFA. Jumlah tertinggi sebelum ini adalah RM629,620.28  yang diarahkan FIFA untuk dibayar kepada bekas pemain Kelantan Cassio Fransisco de Jesus.

Apa yang peliknya, sebelum ini PBNP menerusi Presiden mereka, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menafikan tiada sebarang isu tunggakan sepertimana didakwa pemain itu malah semua pembayaran telahpun dijelaskan kepadanya pada bulan Ogos 2020.

Baca: Pendedahan Tengku Muda bukti gaji bukan Sumareh lari

Beliau mengakui memang ada berlaku kelewatan di dalam pembayaran gaji, tetapi menegaskan bahawa semua pemain termasuk Sumareh menerima gaji mereka setiap bulan.

Malah beliau kecewa kerana pemain itu memungkiri janji untuk kembali menyertai kem latihan tetapi memungkiri janji dan hilang tanpa khabar berita, lantas melabel pemain itu tidak professional.

Sebaik membatalkan kontrak bersama Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7, Mohamadou Sumareh kemudiannya menyertai Police Tero FC di Liga Thailand untuk jangka pendek dan dia telahpun kembali ke Malaysia pada bun lalu.

Sumareh dijangka diumumkan sebagai pemain baru Johor Darul Takzim dalam tempoh terdekat.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.