Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Suasana Ramadhan tahun ini diakui sedikit berbeza berikutan kita menyambut kedatangannya ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, bermakna tiada aktiviti berbuka puasa beramai-ramai, tiada bazar ramadhan dan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid seperti kebiasaan.

Tetapi usah bimbang, kita masih boleh menghidupkan malam Ramadhan tahun ini dengan menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga.

Antara kelebihan solat tarawih yang disebut dalam hadis Nabi SAW :

“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”. – HR Muslim

 

Panduan Solat Tarawih Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

Bilangan Rakaat

Bilangan rakaat Solat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri daripada 8 rakaat tarawih (ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat dikehendaki) disusuli 3 rakaat Solat Sunat Witir.  

Berikut dikongsikan panduan solat tarawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM:

Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat solat tarawih secara sendirian :

Niat tarawih sendirian Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

“Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi ta’ala.”

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat solat tarawih secara berjemaah (niat menjadi makmum) :

Lafaz niat tarawih berjemaah Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

“Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi Ta’ala.”

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.”

Bacaan Surah

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.
Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah lazim yang pendek pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

Bacaan surah 8 rakaat Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

Antara surah-surah lazim lain adalah seperti :

  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan pula;

  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca mana-mana surah lazim seperti yang dibaca pada rakaat pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan.

Doa antara Tarawih (selepas 4 rakaat)

Biasanya, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum melaksanakan 4 rakaat yang seterusnya.

Doa tersebut adalah seperti di bawah :

Doa antara terawih Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

“Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.”

“Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Selepas doa antara terawih, sambung tunaikan empat lagi rakaat, dan kemudiannya solat witir.

Cara Tunaikan Solat Sunat Witir

Solat sunat witir dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam.

Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:

  1. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
  2. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
  3. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca doa qunut pada rakaat akhir. Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.
  4. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
  • Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Doa Selepas Witir

Doa 1 :

Doa selepas solat witir Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Doa 2 :

Selepas Witir 2 Panduan mudah solat tarawih 8 rakaat di rumah

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati).

Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.

Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Semoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.

Foto (Utama) Kredit : Nurul Ihsan/www.cbmagency.com

Sumber info : JAKIM, akuislam.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.