Park Hang-Seo : Tak Cukup Pemain? Siapa Suruh Bawa Hanya 24 Pemain, Sendiri Tanggunglah!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Vietnam, Park Hang-seo nampaknya sudah mula melancarkan perang psikologi ke kem Harimau Malaya tatkala kedua-dua pasukan bersedia untuk memperbaharui permusuhan di atas gelanggang, pada Ahad malam.

Dengan Malaysia berdepan krisis kekurangan pemain setelah lima pemain tersisih, Park Hang Seo berkata ia adalah silap mereka sendiri kerana hanya membawa 24 pemain dalam masa sama menyifatkan ia tidak adil jika Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) membenarkan permohonan membawa masuk pemain lain sebagai ganti.

“Saya fikir semua pasukan sudah mengetahui peraturan pertandingan dan kita harus ikut peraturan. Dalam peraturan membenarkan untuk kita bawa 30 pemain, tapi Malaysia satu-satu pasukan yang pilih untuk bawa 24 pemain sahaja.

“Saya rasa tidak patut dan tidak masuk akal untuk bawa masuk pemain baharu kerana kami juga tidak melakukan perkara itu, di mana seorang pemain kami dihantar pulang sehari selepas tiba di sini, kerana Kerajaan Singapura tidak benarkan.

Berita Berkaitan : Gagal Dapat Permit, Pemain Vietnam Tidak Dibenar Masuk Singapura

“Saya rasa ia perlu adil (tidak benarkan pemain baharu) untuk semua pasukan,” katanya pada sidang media pra-perlawanan.

Seperti diketahui skuad negara kehilangan khidmat Junior Eldstal kerana kecederaan, manakala empat pemain iaitu Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, Akhyar Rashid dan Quentin Cheng pula terpaksa diketepikan susulan positif Covid-19.

Dengan Dion Cools juga belum melapor diri, bermakna, Tan Cheng Hoe hanya ada 18 pemain untuk dipertaruhkan sambil mengharapkan tiada lagi berlakunya kecederaan mahupun peningkatan kes Covid-19 dalam kem negara.

Malaysia yang sedang memimpin kedudukan Kumpulan B dengan enam mata susulan dua kemenangan ke atas Kemboja dan Laos, akan mengesahkan tempat di separuh akhir jika berjaya menewaskan juara bertahan Piala AFF itu.

Namun sebagai rekod, Harimau Malaya tidak pernah menang ke atas Vietnam sejak kali terakhir melakukannya di Piala AFF 2014, dengan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada Jun lalu menyaksikan Vietnam menang 2-1.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.