PBNP tawar RM8,000 untuk tukar nama dan logo ‘Sri Pahang FC’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Nama Sri Pahang FC yang dikatakan sebagai nama baru pasukan bolasepak Pahang, belum lagi muktamad.

Ia hanyalah cadangan awal untuk melengkapkan proses penswastaan dan belum lagi didaftarkan secara rasmi untuk bersaing di Liga Malaysia musim depan.

Dan menyedari ramai penyokong menjadikan nama Sri Pahang FC sebagai bahan jenaka, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menganjurkan pertandingan mencipta mencipta logo dan baru pasukan itu dengan menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

“Setelah mengambil kira pandangan dan maklumbalas penyokong bolasepak Pahang di seantero dunia, pihak pengurusan bersetuju untuk membuka peluang kepada peminat untuk mencadangkan nama baru dan juga mencipta satu logo baru untuk pasukan Pahang yang diswastakan.

“Serlahkan bakat anda dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM8,000 iaitu RM4,000 bagi mencipta logo dan RM4,000 bagi nama baru,” kata PBNP di laman facebook mereka.

Segala terma dan syarat yang berkaitan dengan pertandingan ini akan diumumkan pada 3 Oktober (Sabtu).

Sebagai rekod Pahang FA pernah diswastakan pada 2016 dan dikenali sebagai Pahang FC tetapi penswastaan pasukan ditarik balik pada 2017.

Baru-baru ini pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang memaklumkan PBNP sudah melengkapkan semua dokumentasi yang diperlukan untuk proses penswastaan pasukan mengikut tarikh ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia, dan selaras dengan itu Sri Pahang FC akan digunakan sebagai nama baru pasukan itu.

Meskipun nama itu dikaitkan dengan sejarah silam naga tasik chini yang hebat, ramai yang mempersenda nama tersebut dan menganggap ia tidak membangkitkan aura.

Tinjauan Labola Malaya mendapati antara nama popular yang menjadi pilihan penyokong adalah  Pahang Football Club, Pahang Darul Makmur Football Club, Pahang Tok Gajah Football Club, Pahang Rovers Football Club, Pahang Warriors FC dan Pahang Rangers Football Club (nama yang digunakan pasukan futsal Pahang).

Tidak ketinggalan penyokong-penyokong yang memberi cadangan lucu antaranya mencadangkan nama Dollah Dickson Football Club, Pahang Seri Forever FC, Musang King FC dan Patin United FC. (Nak tengok lebih banyak cadangan nama yang lucu, bolehlah jenguk ruangan komen).

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.