“Peluang Azizulhasni Awang Sangat Sukar, Memang Tiada” – Pemerhati

Datuk Azizulhasni Awang
Datuk Azizulhasni Awang
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysia mempunyai satu peluang terakhir untuk merealisasikan impian emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, menerusi kelibat Datuk Azizuhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom.

Kedua-dua pelumba itu yang tersingkir di pusingan ketiga acara pecut trek akan turun beraksi dalam acara keirin – acara yang menjadi kekuatan mereka – pada Sabtu (7 Ogos).

Keyakinan begitu tinggi, terutamanya dalam diri Azizulhasni dan jurulatihnya John Beasley bahawa mereka akan pulang dengan emas kali ini, sekaligus memperbaiki pencapaian memenangi gangsa lima tahun lalu di Rio De Janeiro.

Malah John Beasley juga menyatakan bahawa mereka hadir ke Tokyo adalah untuk memenangi acara Keirin, dan acara pecut hanyalah bertujuan untuk ‘warm-up’ dan menyesuaikan diri dengan trek.

Ia bagaimanapun tidak dipersetujui pemerhati sukan, Zakaria Rahim, yang beranggapan peluang Azizulhasni atau digelar pocketrocketman boleh dikatakan sukar, atau langsung tiada.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan John Beasley, ia sangat tidak perlu dibuat. Juga dia tidak pasal-pasal memberikan tekanan yang sangat tinggi kepada dua pelumba negara itu.

“Saya sebenarnya mempunyai alasan untuk mengatakan peluang Azizulhasni untuk menang emas di acara Keirin sangat sukar. Lebih jelas, memang tiada,” ujar Zakaria.

Ini kenyataan oleh John Beasley : “Kita mempunyai pelumba pecut terkecil di dunia dan sukar mencabar mereka yang lebih besar apabila peraturan (acara pecut) ketika ini, lebih memihak kepada atlet yang mempunyai saiz fizikal lebih besar.

“Ini kerana beberapa peraturan acara pecut berubah di sepanjang beberapa tahun ini, ia membenarkan atlet lebih besar dan berat memiliki banyak kelebihan kerana gear perlumbaan turut menjadi besar. Ini satu kelebihan buat atlet lebih besar yang pada ketika ini berat badan sekitar lebih 100 kilogram.

“Ini juga kerana acara pecut semuanya berkisarkan mengenai pecutan, menjadi lebih besar dan berat membantu mereka dalam acara ini apabila gear juga menjadi besar.

“Acara keirin pula berbeza. Acara ini tidak terlalu bergantung ketika kamu melakukan pecutan sendiri, ia lebih kepada kelajuan dan kekuatan serta percaturan taktikal. Di sinilah kekuatan dimiliki Malaysia.

“Fasa pecutan kurang di sini kerana kami melakukan perjalanan perlumbaan dari kelajuan 70 ke 80kph, jadi ia mengambil kelebihan yang dimiliki pelumba lebih berat. Kami berada di sini untuk memenangi keirin dan kami berada di landasan tepat.”

Manakala Azizulhasni Awang pula berkata selepas tersingkir daripada acara pecut: “Memang perancangannya kalau masuk repechages kita tidak akan teruskan untuk menang kerana nak simpan tenaga bagi acara keirin.

“Kalau kita menang repechages, kita ke suku akhir dan kita akan jumpa orang sama semula. Kita akan lumba dua kali, kalau kalah kita akan masuk pusingan lima hingga enam, jadi banyak lagi perlumbaan untuk esok dan kita tak boleh rehat.

“Kalau ikutkan memang saya boleh potong (Jason Kenny), dia pun kelihatan penat hari ini (semalam). Tapi kita cuba untuk tidak memotong kerana tidak mahu ke peringkat seterusnya.

“Acara pecut ini bukan peluang cerah untuk kita menang pingat, tapi kita sudah maklumkan dahulu bahawa kita akan cuba buat yang terbaik dan kalau boleh ke peringkat tertinggi, itu adalah bonus.

“Tapi kita datang ke sini sudah pasti untuk acara keirin dan perlumbaan yang berbeza berbanding acara pecut. Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila kami sudah berada di tempat pertandingan dan hari perlumbaan, saya sudah bersedia untuk menang emas.

“Saya lihat peluang untuk kami bawa pulang emas itu tinggi dan apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.