“Peluang Terengganu FC mahupun Kedah Darul Aman terlalu tipis”

JDT
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Peluang untuk Terengganu FC mahupun Kedah Darul Aman merampas kejuaraan Liga Super dari tangan Johor Darul Takzim adalah sangat tipis, sekitar 25 peratus sahaja.

Demikian menurut bekas pemain kebangsaan yang juga pengulas bolasepak tanah air Azlan Johar yang bersetuju dengan pendapat seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh bahawa JDT akan mengekalkan mengekalkan kejuaraan buat musim kelapan berturut-turut.

Berita berkaitan : JDT akan kekal juara, pasukan lain bersaing untuk tempat kedua sudah

Sebagai rekod, selepas tamat 13 perlawanan Liga Super, JDT sedang unggul di puncak dengan 30 mata, tiga mata mengatasi Terengganu FC dan empat mata mengatasi Kedah Darul Aman.

Kalau diikutkan jurang itu tidaklah besar namun kesukaran pasukan pencabar lain untuk kekal konsisten dijangka memberi kelebihan kepada JDT bimbingan Benjamin Mora.

“Memang betul (saya setuju) JDT akan te­rus jadi juara, biarpun tewas kepada Terengganu tapi mereka tidak panik kerana pemain sudah matang dan persembahan mereka lebih konsisten.

“Mereka faham corak permainan diterapkan Benjamin Mora, dia sudah lama bersama JDT dan kalau kita banding dengan pasukan lain, jurulatih bertukar-tukar. Berdasarkan persembahan mereka, saya yakin JDT boleh kekal sebagai juara liga.

“Lihat kepada statistik, setiap kali perlawanan, penguasaan bola menjadi milik JDT, jadi kenapa mereka perlu panik dan mengapa kita perlu katakan peluang mereka untuk menjuarai liga sukar?

“Saya bercakap berdasarkan statistik dan statistik tidak pernah menipu,” kata Azlan Johar yang pernah bertindak sebagai penolong jurulatih pasukan Terengganu FC II.

Saingan Liga Super ketika ini berehat selama dua bulan bagi memberi laluan kepada kem skuad kebangsaan, dan selepas itu JDT khususnya akan mengharungi jadual padat kerana akan turut terlibat dalam saingan Liga Juara-Juara Asia, namun Azlan Johar tidak melihat ia boleh menjejaskan prestasi skuad harimau selatan.

“Kalau cerita mengenai jadual padat, ini bukan kali pertama mereka harungi jadual padat. Mungkin sudah enam musim mereka berdepan jadual padat yang mana mereka turut beraksi di Piala AFC.

“Pemain yang ada sekarang pun kebanyakan pemain yang dikekalkan dari dulu. Jadi mereka tahu apa yang mereka patut buat,” katanya lagi.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.