Pemain Barcelona setuju gaji dipotong 70 peratus, menyumbang supaya staff biasa boleh dapat gaji penuh

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Nilai kemanusiaan mengatasi segala nikmat dunia yang lain.

Pemain Barcelona membuktikan mereka berjiwa besar apabila bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 70 peratus tatkala pasukan gergasi bolasepak dunia itu dalam proses menstrukturkan kedudukan kewangan yang terjejas akibat penangguhan saingan La Liga susulan wabak Covid-19.

Laporan awal mengatakan pemain-pemain kelab Catalan itu bersetuju gaji mereka dipotong 50 peratus untuk tempoh tiga bulan namun pertemuan antara Lembaga Pengarah dan pemain mencapai kata sepakat pemotongan tambahan 20 peratus.

Selain bersetuju gaji dipotong, pemain-pemain juga akan menyumbang bagi memastikan kakitangan kelab (yang bergaji rendah) menerima gaji penuh di sepanjang tempoh sukar dan mencabar ini.

Sebagai rekod, Lionel Messi, Luis Suarez, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele merupakan antara penerima gaji tertinggi di Barcelona.

Sementara itu, Lionel Messi di instagramnya memberitahu :

“Pertama sekali, kami ingin memberitahu kami sentiasa bersedia untuk pemotongan gaji kerana kami memahami keadaan sukar ini, dan kami SENTIASA menjadi yang pertama membantu kelab apabila diminta.

“Malahan sebelum ini pun sudah banyak kali kami melakukan perkara sama, atas inisiatif sendiri, apabila kami merasakan bahawa ia adalah sesuatu yang perlu dan penting.

“Ia sedikit mengejutkan kami diletakkan dalam tekanan oleh pengurusan untuk melakukan apa yang kami tahu kami perlu buat. Macam-macam laporan kedengaran kononnya pemain tidak bersetuju sebagainya, hakikatnya, kami mencari formula terbaik untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu kelab dan pekerja di waktu sukar ini.”

Foto : Instagram Lionel Messi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.