Pemain Indonesia Dinasihatkan Tidak Pilih Liga Malaysia Kerana Kualitinya Mundur

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jika pemain Indonesia mahu berkelana bermain di luar negara, Liga Malaysia bukanlah pilihan yang tepat.

Itu pandangan Jaino Matos, bekas jurulatih Penang FC yang pernah melatih beberapa kelab di Liga Indonesia.

Menurut Matos kepada Bolalob, kualiti Liga Malaysia masih mundur dan belum tentu lebih baik berbanding Indonesia justeru menasihatkan pemain negara itu berhijrah bermain di liga yang lebih kuat jika benar mahu berhijrah.

“Saya 6 tahun di Malaysia (Pulau Pinang) sebelum ke Indonesia dan di antara keduanya saya sempat berada di Qatar. Kemampuan individu pemain Malaysia masih di bawah pemain Indonesia,” ujarnya.

Sebagai rekod, Liga Malaysia ketika ini diwarnai beberapa pemain Indonesia seperti Saddil Ramdani (Sabah FC – gambar utama), Syahrian Abimanyu (JDT) dan Nathaniel Siringgo Ringgo (Kelantan FC).

Matos bagaimanapun menegaskan, hanya Abimanyu membuat keputusan tepat untuk perkembangan kariernya kerana menganggap Johor Darul Takzim sebagai luar biasa dan serba lengkap dengan fasiliti berkualiti.

“Saya menyebut soal kualiti liga, pemain tempatan dan asing, itu adalah satu kemunduran.”

“Berbeza dengan Abi dari Madura United ke JDT, itu adalah luar biasa dan akan menjadi kemajuan kepada dirinya.

“Tetapi intipati secara teknikal, kualiti Liga Indonesia lebih baik berbanding Malaysia. Untuk pemain kita jika ingin berkembang perlu bermain di liga yang lebih kuat dari Indonesia.”

“Liga Thailand, mereka mempunyai liga dan skuad kebangsaan yang bagus, berbeza dengan Vietnam di mana skuad kebangsaan mereka kuat tetapi liga mereka tidak begitu.”

“Liga Thailand adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Di Asia hanya ada 4 liga yang terbaik iaitu Liga Jepun, Liga Korea Selatan, Liga Arab Saudi dan Liga Qatar.”

“Kita boleh lihat pemain Thailand dalam saingan Liga Jepun ketika ini dan mereka bukan sekadar duduk dibangku simpanan sahaja,” tambahnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.