Pemain Liga Premier dedah pasukannya rahsiakan kes positif Covid-19

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain sebuah pasukan Liga Premier mendedahkan pihak pengurusan tidak mengambil serius garis panduan Covid-19 yang ditetapkan menyebabkan beberapa pemain dan jurulatih di kelab itu disahkan positif Covid-19.

Selain memberitahu bahawa pasukannya tidak menjalani ujian calitan (swab test) sebelum dua aksi terakhir Liga Premier, dia juga mendakwa pihak pengurusan sedaya upaya merahsiakan mengenai kes positif Covid-19 di dalam pasukan itu itu dari pengetahuan umum.

Menurutnya seorang rakan sepasukannya mempunyai simptom Covid-19 pada 8 Mei, iaitu sehari selepas mereka turun beraksi perlawanan Liga Premier, dan enam hari kemudian dia disahkan positif.

Seorang lagi pemain pula disahkan positif Covid-19 pada 10 Mei dan kemudiannya pada 17 Mei pihak pengurusan mengarahkan pasukan itu tidak turun menjalani latihan berikutan dua pemain dan tiga jurulatih diuji positif virus berkenaan.

“Ia mengejutkan untuk melihat begitu banyak kes di dalam pasukan, saya berharap mereka (pengurusan) akan mengambil serius kes Covid-19 kerana kita semua ada keluarga untuk dijaga.

“Saya risau mengenai kes yang semakin meningkat naik, dan kini ada kes positif di dalam pasukan. Harapnya pengurusan akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memastikan tiada tambahan kes berlaku,” kata pemain itu.

Sumber : Clubs not following Covid-19 guidelines?

Sebagai rekod, pada 2 Mei lalu, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa dua pemain pasukan Kelantan telah diuji positif Covid-19 sebelum perlawanan menentang Selangor II.

Ini menyebabkan MFL mengarahkan kesemua perlawanan di Lembah Klang dimainkan tanpa penonton manakala perlawanan antara Kelantan FC dan Perak II pula ditunda ke tarikh lain.

Manakala pada 9 Mei lalu, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais mengesahkan Pengarah Teknikal kelab itu, B.Sathianathan serta beberapa jurulatih positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Peraturan ditetapkan MFL memerlukan setiap pasukan melakukan ujian terhadap mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tujuh hari, dan kesemua pasukan juga dikehendaki melakukan ujian antigen RTK sebelum mendaftar masuk ke hotel pasukan sebelum setiap perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.