‘Pemain pentingkan diri dipertahan, saya minta mereka bertolak ansur dituduh tak profesional?’

Zamsaham
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Lima pemain yang pentingkan diri dipertahankan, saya yang keluarkan duit berjuta untuk selesaikan hutang pemain dan meminta mereka memahami, bertolak ansur sedikit dikatakan tidak profesional?”

Demikian reaksi pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman (Zamsaham) terhadap kenyataan Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) yang melabel tindakan Kelantan FC sebagai tidak profesional kerana mendedahkan notis tuntutan tunggakan gaji kepada umum ketika ia masih di peringkat surat menyurat.

Malah PFAM turut menganggap alasan Zamsaham untuk lima pemain tersebut itu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Farisham Ismail, Nazrin Nawi, Shahrulnizam Ros Hasni dan Masaki Watanabe menerima pemotongan gaji tidak ada justifikasi wajar kerana ia tidak berlandaskan ketetapan dalam kontrak.

Menurut Zamsaham kepada Harian Metro, tidak timbul isu Kelantan FC tidak profesional kerana bukan mereka yang mulakan isu ini sebaliknya hanya bertindakbalas kepada keluhan pemain di media sosial.

Berita berkaitan : Habis RM10 juta, takkan gaji sebulan tak boleh bayar

Zamsaham juga tiada masalah untuk selesaikan jumlah keseluruhan tunggakan November 2020 sebanyak RM158,857 kepada lima pemain itu, namun berpendapat itu tidak adil dan perlu menghormati kesemua pemain lain yang telahpun menerima pemotongan gaji.

“Saya bukan jenis yang suka mengungkit, jauh sekali nak bersikap tak profesional. Kalau saya tak profesional, saya takkan habiskan duit untuk bayar tunggakan gaji mereka. Saya habiskan RM6.8 juta untuk selamatkan pasukan ini dan semua pemain lain memahami, hanya lima pemain ini sahaja kerana mereka pentingkan diri sendiri.

“Kalau Kelantan FC tak profesional, adakah Barcelona FC juga tak profesional apabila Lionel Messi dipotong sehingga 70 peratus gaji bagi membantu kelab yang tersepit secara kewangan ketika Covid-19?

“Apalah sangat dibandingkan Barcelona dengan Kelantan, sekurang-kurangnya fahamlah kenapa pemotongan itu perlu di kala kita semua berdepan masalah Covid19.

“Macam saya katakan, saya tak ada masalah langsung nak bayar gaji pun kerana kami cukup profesional bila membabitkan hal perundangan tapi yang tak profesional adalah pemain yang pentingkan diri sendiri.

“Mereka tak faham, sepatutnya apabila 90 peratus setuju (potong gaji) yang 10 peratus lagi patut setuju,” kata Zamsaham lagi.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.