Penalti kontroversi hukum Sarawak United tatkala Kelantan FC turut cicir mata

Kelantan FC vs Perak II
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dua aksi Liga Premier 2021 berlangsung pada Sabtu, menandakan demam Liga Malaysia kembali mewarnai penyokong bolasepak tanah air selepas lebih dua bulan berehat.

Kelantan FC gagal melunaskan misi membawa pulang tiga mata selepas sekadar seri 1-1 menentang tuan rumah Perak II di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Keputusan seri ketiga menyaksikan Kelantan FC bimbingan Marco Ragini kekal di kedudukan ketujuh liga dengan 15 mata manakala Perak II pula kekal di tangga kesepuluh dengan 10 mata.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan di separuh masa pertama sebelum Nursyamil Abdul Ghani meledak jaringan pembukaan buat skuad The Red Warriors pada minit ke-56.

Ia adalah gol kelima pemain itu dalam saingan Liga Premier musim ini, dan lebih menarik kesemuanya dijaringkan di gelanggang lawan.

Namun Perak II berjaya mengikat kedudukan menerusi Aizat Safuan Razali yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Nik Mohd Amin Ahmad pada minit ke-69.

Sementara itu, pendahulu liga Sarawak United terlepas peluang mengukuhkan cengkaman di persada Liga Premier 2021 selepas diikat 1-1 oleh Selangor II, juga dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Keputusan seri menyaksikan Sarawak United kini mengumpul 24 mata, dua mata mengatasi pencabar terdekat Negeri Sembilan FC manakala Selangor II pula melonjak ke tangga kelima dengan 16 mata.

Sarawak United bimbingan E.Elavarasan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain import Uche Agba yang menyudahkan hantaran Lee Chang Hoon pada masa kecederaan babak pertama.

Selangor FC II bagaimanapun mencuri satu mata setelah berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang disudahkan George Attram pada minit ke-49.

Penalti itu bagaimanapun menimbulkan kontroversi kerana bola sebenarnya dilihat mengenai muka pemain Sarawak United, bukannya tangan.

Foto kredit : TRW Kelantan FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.