Pemain ‘buangan’ Manchester United jadi sasaran Arsenal

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kelab bola sepak berpangkalan di London, Arsenal sedang melakukan pemburuan untuk mendapatkan khidmat bekas pemain buangan Manchester United iaitu Memphis Depay.

Berdasarkan laporan NBC Sports yang memetik sumber berita Le10Sports mendakwa Depay menjadi pilihan utama pengurus, Mikel Arteta sekiranya Pierre-Emerick Aubameyang atau Alexandre Lacazette keluar daripada Arsenal, pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ketika ini, kontrak Depay bersama Lyon berbaki setahun sahaja lagi dan perkara ini membolehkan Arsenal mendapatkan khidmat pemain ini pada harga yang murah. Selain itu, media turut melaporkan pemain berusia 26 tahun ini telah menolak beberapa tawaran lanjutan kontrak daripada Lyon sebelum ini.

Pada masa yang sama, Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas bersedia untuk melepaskan sebahagian pemain bintangnya untuk menstabilkan kedudukan kewangannya lebih-lebih lagi mereka mempunyai peluang yang terlalu tipis untuk bermain di Liga Juara-Juara UEFA, musim depan.

Pemain kelahiran Belanda ini dibeli oleh Manchester United di bawah kendalian Louis van Gaal pada tahun 2015 dengan yuran perpindahan Β£25 juta daripada PSV Eindhoven. Depay diikat dengan kontrak selama empat tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Namun begitu, semasa menyarung jersi Red Devils, Depay bergelut untuk mengekalkan prestasinya di Old Trafford. Disebabkan itu, dia banyak bermula sebagai pemain gantian dan tidak kurang juga sekadar memanaskan bangku simpanan.

Sekitar januari 2017, pasukan Lyon yang bersaing dalam kancah Ligue 1 mendapatkan khidmatnya dan di sana prestasinya kembali meningkat dengan menjaringkan 38 gol dalam 84 perlawanan liga.

Foto: Lyon & Manchester United

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.