Pening Jaga Pemain Yang Fitness & Berat Badan Ke Laut – Zamsaham Tuju Kat Siapa Tu?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain bolasepak profesional perlu bijak menjaga kecergasan dan berat badan, demikian tegas pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) di media sosial miliknya.

Menurutnya, “Berat badan kena jaga sebagai pemain bola. Kalau berat badan nak macam aku jangan jadi pemain bola tapi jadilah pemilik kelab, lepas tu baru tahu pening ke tak jaga pemain-pemain bola yang fitness dan berat badan ke laut.”

Walaupun kenyataan itu bersifat umum, ia seolah-olah ditujukan kepada bekas pemain pasukan itu di mana sejak kebelakangan ini terdapat beberapa pemain yang tidak disambung kontrak mula menyindirnya di media sosial.

Antaranya Haziq Subri, Farizal Harun dan terbaru Faridzuean Kamaruddin yang seolah kecewa kerana kontraknya tidak disambung walaupun telah menunjukkan prestasi yang baik.

Malah Faridzuean menyifatkan situasi dilaluinya kali ini adalah paling teruk sepanjang dia bergelar pemain bola.

Manakala Farizal pula sebelum ini menyindir Zamsaham dengan menyatakan bahawa apa yang dicanang tidak sama dengan apa yang dilakukan.

Berita Berkaitan : “Tahun Ini Lagi Teruk Dari Tahun Lepas” – Penjaga Gol Kelantan Luah Kecewa

Adalah diketahui, untuk musim baru Liga Malaysia, Kelantan FC akan membuat rombakan besar-besaran bagi mencapai sasaran beraksi di Liga Super 2023 dan untuk tujuan itu hanya mengekalkan 9 pemain dari skuad yang menamatkan cabaran Liga Premier 2021 di tangga keenam.

Mereka adalah Ghaffar Rahman, Nurshamil Abd Ghani, Mior Dani, Arip Amiruddin, Dzulfahmi Hadi, Syed Sobri, Yusri Yushamadi serta dua penjaga gol iaitu Asfa Abidin dan Nik Mohd Amin.

Sebelum ini Zamsaham sendiri memberitahu bahawa beliau akan memperuntukkan bajet dua kali ganda berbanding musim 2021 untuk mempersiapkan sebuah pasukan mantap, namun sehingga kini belum lagi ada pemain-pemain besar atau berprofil tinggi dibawa masuk.

Cabaran mereka untuk musim baru akan dikemudi oleh Rezal Zambery Yahya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.