Penjaring Hatrik Uitm FC Rupanya Pemain Pertahanan & Masih ‘Student’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan baru UiTM FC, Ahmad Zafri Zakaria menganggap jaringan hatrik yang berjaya dilakukan ketika menentang Terengganu FC II minggu lalu sebagai pembakar semangat untuknya terus mengorak langkah mencipta nama.

Jelas pemain berusia 23 tahun itu, dia tidak mendapat peluang untuk beraksi ketika bersama TFC II pada awal musim ini melihat kepada persaingan sengit antara pemain lain seterusnya membawa haluan ke UiTM FC.

Nyata, Zafri tidak menunggu lama untuk membuktikan kredibilitinya di atas padang bagi membantu pasukan menang 3-0 dan dia percaya ini adalah peluang terbaik untuknya mendapatkan seberapa banyak minit permainan bersama UiTM.

“Memang sekarang tahap keyakinan saya semakin tinggi terutamanya selepas berjaya mendapatkan gol.

“Ini juga adalah satu peluang yang baik sebab ketika bersama TFC II, mereka ada ramai pemain-pemain lain yang lebih senior dari saya dan peluang saya untuk bermain memang tipis.

“Lagipun, saya juga merupakan pelajar UiTM dan sekarang dah kena masuk kelas, jadi lebih senang untuk saya menamatkan pengajian dan dalam masa sama beraksi di sini.

“Misi saya hanya satu, untuk mendapatkan lebih minit permainan, itu yang paling penting”, jelasnya.

Pemain dari Terengganu ini juga tidak menolak sekiranya masih berpeluang, dia tiada masalah untuk kembali berbakti kepada kelab di negeri kelahirannya.

Tetapi, dia sedar bukan mudah dan perlu berada di tahap yang terbaik untuk mencipta nama seperti pemain muda lain.

“Memang sekarang saya nak bina karier dulu, ambil pengalaman yang lebih banyak dan peluang yang lebih luas.

“Kalau ada rezeki, mana tahu dapat kembali semula ke kelab negeri saya, tetapi sekarang fokus saya untuk UiTM dahulu.

“Pemain di sini pun banyak membantu dan tiada masalah dari segi keserasian”, katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.