Penjelasan Pakar Kenapa Padang Bukit Jalil Susah Dijaga Dan Menelan Kos Besar

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sejak 10 tahun lalu, Stadium Nasional Bukit Jalil sudah begitu banyak kali ditutup untuk penyelenggaraan padang, tetapi sehingga kini isu tersebut tidak ada penyelesaian.

Malah perbelanjaan untuk membaikpulih padang itu juga terlalu tinggi, di mana yang terbaru ia menelan belanja sehingga RM10 juta meskipun cuba dinafikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini.

Ahmad Faizal membuat penafian itu selepas Tunku Ismail terkejut dengan kos yang dinyatakan dan memberitahu media bahawa beliau mungkin tersalah memberikan info, sambil mendakwa RM10 juta itu adalah kos pembaikpulihan padang di stadium seluruh negara.

Sebagai rekod, Stadium Nasional sudah menggunakan pelbagai jenis rumput termasuk bermuda, paspalum, cow grass dan kini dalam proses bertukar kepada zoysia seperti yang digunakan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tunku Ismail mendedahkan kos untuk menanam rumput zoysia di Stadium Sultan Ibrahim yang turut dilengkapi sistem perpaipan moden hanyalah RM1.4 juta.

Masalah utama padang Bukit Jalil ini adalah kesukaran untuk memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan sempurna, tetapi apakah puncanya?

Struktur Stadium Nasional yang memiliki kecerunan tinggi dikatakan salah satu punca utama selain keadaan padang itu sendiri berada beberapa meter ke bawah yang menyebabkan kualiti pencahayaaan tidak mencukupi.

Pemangku Pengarah Pusat Sukan, Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Ekmal Bukhary berkata keadaan stadium menyebabkan rumput sukar membesar dengan baik dan menyukarkan kontraktor menjalankan penyelenggaraan berkala.

“Struktur stadium me­nurun, kedudukan padang di bawah, tidak seperti keba­nyakan stadium yang lebih terbuka se­perti stadium JDT dan Terengganu.

“SNBJ pernah menggunakan tiga jenis rumput sehingga kini tetapi masalah sama tetap berulang. Ia bukan disebabkan rumput tetapi persekitaran dan struktur stadium itu sendiri.

“Penyelenggaran buat isu kerana kontraktor dilantik menjaga padang SNBJ adalah mereka yang pakar dalam bidang penjagaan,” kata Nur Ekmal kepada Mingguan Malaysia.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.