Penyokong gesa Annuar Musa berundur, minta beliau tidak porak perandakan KL City FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Hashtag #TAMKeterehOut antara yang sedang trending di laman sosial sejak beberapa hari lalu, bermaksud penyokong KL City FC mahu Tan Sri Annuar Musa disingkir dari kapasitinya sebagai Presiden kelab.

Punca utama adalah perubahan nama dan logo pasukan yang ternyata tidak disenangi rata-rata penyokong pasukan itu.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas pengumuman Tan Sri Annuar Musa sebagai Penasihat dan Presiden pasukan.

KL City FC sebelum ini menggunakan nama KL United FC selepas diswastakan manakala logo mereka pula pada asalnya mengekalkan identiti pasukan itu.

Tetapi perubahan saat akhir ternyata menimbulkan kemarahan apatah lagi logo baru mereka seolah diubahsuai secara terus dari logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehinggakan menjadi bahan jenaka dalam kalangan penyokong pasukan lain.

Justeru penyokong pasukan itu meminta penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif pasukan, Stanley Bernard Samuel dalam masa sama meminta Tan Sri Annuar Musa supaya tidak memporak perandakan pasukan.

Antara komen-komen di media sosial adalah seperti berikut :

“Tak kisah kau orang UMNO ke, orang satu parti dengan parti aku ke, kau orang lama parti ke tapi kalau kau semak dalam team bolasepak dan ada geng yang cuba tunjuk pandai, jalan keluar jer sesuai dengan anda. GET LOST,” demikian ciapan mraafiz.

“Saya mewakili @klwestside bertanya kepada ceo (Stanley) berkenaan fungsi Annuar ‘the patron’ Musa dalam pasukan Kuala Lumpur. Sebab nampak serupa macam sendal pintu jer ni, takda guna,” ciapan oleh T-59 Bangsar.

“Kepada Stanley Bernard, jika anda sayangkan Kuala Lumpur, tolong kembalikan (logo asal). Kekalkan identiti, biarkan legasi,” ini pula komen oleh Firdaus Nazeri.

“Sial punya pengurusan, Logo baru dah macam lencana sekolah Batu Kentomen,” menurut Emir Arif.

“Jadi menteri b*doh, ini kan pula nak handle pasukan KL United. Semakin bertambah keb*dohan. Jenis manusia tamak, semua kau nak kaut. Balerr,” menurut Syed Sameon.

Kumpulan penyokong rasmi CityBoys12 pula menulis di akaun twitter mereka, “Tolong suruh Annuar Musa berambus dari pasukan KL United sekarang.”

“Tolong bawa orang bolasepak ke dalam pasukan! Bukannya seorang yang mrnjahanamkan Kelantan sebelum ini. Logo dan nama macam gampang,” ini pula ciapan oleh 1mrn23.

“Jika kau tak faham apa yang kami nak sampaikan, sekali lagi, sila berambus, kami tidak mahu awak!!! Ayat mudah yang budak-budak pun boleh faham,” menurut pengguna dengan nama Floyd Delay Rose.

Manakala seorang penyokong tegar, Amin Zulkarnain pula menganggap logo baru sebagai sarkas.

Itu hanya sedikit dan lebih banyak ciapan boleh didapati menerusi hashtag #TAMKeterehOut di twitter dan juga facebook.

Begitupun di sebalik luahan kekecewaan ini, tiada satupun maklumbalas atau kenyataan dikeluarkan pihak KL City FC mahupun Stanley Bernard sendiri.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.