Penyokong Kedah terkilan dengan Presiden, bolasepak juga hak rakyat

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyokong Kedah FA meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor yang menegaskan tidak akan sesekali menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kewangan pasukan Kedah.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah pada Ahad dalam sidang media selepas Perasmian Star View Menara Alor Star berkata melantiknya sebagai Presiden bukan tiket untuk KFA mendapat dana, dan dia teguh dengan pendirian itu.

Baca : Sanusi tegaskan duit kerajaan negeri bukan untuk selesai masalah bola

Baca : Sanusi persoal bekas Presiden KFA kenapa boleh tawar gaji pemain sehingga RM125,000

Walaupun kenyataan Sanusi itu dari satu sudut menampakkannya sebagai seorang MB ‘hero rakyat’ tetapi ada yang menganggap kenyataannya sebagai memalukan dan tidak professional, lebih-lebih lagi ketika tunggakan gaji pasukan itu sudah mencecah lima bulan.

Ini luahan salah seorang penyokong Lang Merah.

“Aku rasa dah lama aku tak menulis benda-benda negatif kt sini tapi hari ini ada seseorang membuatkan aku berasa gatai tangan nak menulis sesuatu.

“Satu perkataan yang boleh aku gambarkan mengenai Tuan Presiden yang baru adalah “MEMALUKAN”. Tidak profesional, tiada sifat kepimpinan dan tiada keinginan untuk berdaya saing.

“Kenyataannya mengenai “duit rakyat bukan untuk bolasepak” seolah-olah meng-anak tiri-kan anak-anak muda Kedah yang beraksi di dalam pasukan Kedah FA. Apakah mereka bukan rakyat yang bekerja dan membawa nama negeri Kedah?

“Pemain-pemain Kedah tergolong dari individu yang memerlukan ketika ini, 5 bulan tempoh tanpa gaji. Jika Perdana Menteri sanggup keluarkan duit kerajaan kerana rakyat Malaysia berada dalam situasi terdesak. Kenapa Tuan Presiden tidak boleh berfikir sebegitu?

PEMAIN TAK PERLU MAKAN, SUAP ANAK BINI?

Kedah FA training Penyokong Kedah terkilan dengan Presiden, bolasepak juga hak rakyat

“Apakah pemain bolasepak semua tak perlu makan, hanya perlu ikat perut? Pemain dan barisan kejurulatihan Kedah FA tiada keluarga untuk disara? Aku takde lahh harapkan duit kerajaan negeri digunakan sepenuhnya untuk membayar keseluruhan hutang tersebut.

“Sekurang-kurangnya sebelum Aidiladha, jelaskan dalam tempoh 2 atau 3 bulan terlebih dahulu, ia sudah pasti mampu memberi senyuman buat semua pihak yang terbeban ketika ini. Tindakan menunda pembayaran ini sedikit sebanyak menambahkan beban hutang yang ditanggung.

“Bila hutang semakin menimbun gunakan Presiden terdahulu untuk dijadikan bahan untuk dipersalahkan, sama seperti anda bermain politik kotor dan busuk.

Kipre Kedah FA Penyokong Kedah terkilan dengan Presiden, bolasepak juga hak rakyat

“Tindakan menyalahkan Presiden yang dahulu menggambarkan kurangnya profesional di pihak Tuan. Jika anda menyalahkan Presiden dahulu kerana berbelanja besar ia sama seperti anda menyalahkan Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

“Jika anda mengikuti perkembangan pasukan Kedah, seharusnya anda tahu Kedah pada musim ini beraksi di peringkat Asia. Sudah semestinya kita memerlukan skuad yang berkualiti, jika anda seorang yang mempunyai keinginan untuk berdaya saing, perkara sebegini sepatutnya tidak perlu dipersoalkan.

“Dari sini menampakkan sisi anda seperti seorang Presiden yang ambil mandat hanya kerana keterpaksaan semata-mata bukan kerana cintakan pasukan yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah ini,” tulisnya.

JANGAN JAHANAMKAN BOLASEPAK KEDAH

Penyokong ini juga mempersoalkan keikhlasan Sanusi untuk membantu apabila hanya akan mengadakan pertemuan dengan KFA pada 2 Ogos.

“Tahukah anda 26 ogos Liga Malaysia akan disambung semula? Dengan masalah yang belum tentu dapat diselesaikan selepas sesi pertemuan, aku jadi khawatir dengan prestasi pasukan apabila Liga disambung nanti.

“Kemerosotan prestasi pasukan pasti akan menjahanamkan semula bolasepak Kedah setelah bersusah payah dibangunkan semula, ia mengingatkan aku akan musim 2012, pasti Tuan Presiden ingat musim 2012 itu Kedah FA berada di bawah siapa? Apakah anda ingin mengulangi kesilapan terdahulu?

“Jika anda cuba mengikuti cara kepimpinan Presiden KFA (2008-2012), Kedah FA mungkin akan jatuh semula dan tidak mampu berdaya saing. Apakah anda ingin melihat sukan yang cukup dekat dengan hati rakyat Kedah rosak sebegitu sahaja?

“Anda seharusnya menjadikan rakan sejawat anda di Terengganu FC selaku role model. Walaupun mereka sama parti dan sehaluan dengan anda, mereka cukup mengambil sikap peduli terhadap bolasepak negeri.

“Ya, bila difikirkan memang betul cakap anda, duit kerajaan negeri bukan untuk bolasepak namun dalam keadaan mendesak kini, kita tiada pilihan lain. Hati dan perasaan pemain juga harus dijaga, jangan rosakkan keharmonian dan semangat mereka dalam berjuang untuk mengangkat mutu bolasepak Kedah.

“Bila anda menjawat jawatan Presiden KFA, ini merupakan suatu hal yang serius dan perlu dipertimbangkan sebaik mungkin terutama jika ingin mengeluarkan sebarang kenyataan dan bertindak. Liga Malaysia bukan Liga Dun Jeneri, setiap tindakan mencorakkan masa depan bolasepak Malaysia.”

Bagaimana pula dengan pandangan penyokong yang lain?

Foto : Kedah FA Official

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.