Penyokong Penang Naik Angin Dengan Tindakan JDT Umum Endrick Dos Santos

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Juara Liga Super lapan kali, Johor Darul Takzim (JDT) pada Isnin mengumumkan mengenai perkembangan semasa pasukan itu dengan menyatakan beberapa pemain akan dibawa masuk untuk memperkuatkan skuad 2022.

Kelab itu turut mengumumkan bahawa pemain import Penang FC, Endrick Dos Santos Parafita akan menyertai mereka pada 2023 sebagai pemain naturalisasi, dan ini jelas menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong bolasepak tanah air, terutama penyokong Penang FC.

Ini kerana ia dilihat sebagai tidak menghormati kontrak pemain itu bersama Penang FC, apatah lagi dia baru sahaja menyambung lanjutan kontrak untuk semusim lagi bersama skuad Harimau Kumbang.

Mengumumkan pemain yang baru sahaja menyambung kontrak akan menyertai mereka, pada ketika musim baru Liga Super belumpun bermula, disifatkan sebagai tidak profesional.

Ada juga yang cuba mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan bahawa pemain itu sebenarnya milik JDT dan hanya menyertai Penang FC sebagai pemain pinjaman pada musim 2020, justeru tidak salah untuk JDT membuat pengumuman itu.

Tetapi semakan di transfermarkt mendapati sejak beraksi di Liga Malaysia pemain itu hanya pernah beraksi dengan Felcra FC (semusim) dan Selangor FC (dua musim).

Justeru tiada sebarang kesahihan dalam dakwaan yang mengatakan dia adalah milik JDT, dan jika benar sekalipun tiada sebab untuk perkara itu dirahsiakan.

Endrick Penyokong Penang Naik Angin Dengan Tindakan JDT Umum Endrick Dos Santos

Ironinya ini bukan kali pertama JDT mengumumkan Endrick Dos Santos akan menyertai mereka, beberapa bulan lalu dalam satu temuramah di Astro Arena, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada menyatakan perkara sama.

Endrick Dos Santos, pemain berusia 26 tahun dari Brazil diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Felcra FC pada 2018 dan menyertai Selangor kendalian B.Sathianathan semusim kemudian.

Begitupun bersama Selangor, Endrick Dos Santos tidak menunjukkan komitmen yang betul dan seringkali tersisih kerana alasan kecederaan yang tidak boleh dikesan oleh mana-mana pakar perubatan, sehingga Sathianathan mengatakan kecederaan pemain itu adalah pelik dan mungkin mengalami sakit misteri.

Berita Berkaitan : Sathianathan Gives Up On Endrick Dos Santos

Bersama Penang FC sejak 2020, dia membantu pasukan itu meraih promosi ke Liga Super setelah menjuarai Liga Premier yang berlangsung sekerat musim, manakala pada tahun ini memakai lilitan kapten di lengan dan membawa pasukan itu menduduki tangga ketiga Liga Super 2021.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.