Pep tidak mahu khidmat La Pulga di Manchester City?

Foto: FC Barcelona
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pep Guardiola pernah mengurus FC Barcelona selama 4 tahun dan gabungan Pep bersama Lionel Messi atau nama gelarannya, La Pulga antara tahun 2008 hingga 2012 telah mencipta sensasi hebat bola sepak dunia.

Setelah Pep meninggalkan Stadium Nou Camp, ‘magis’ di antara kedua-duanya amat dirindukan sebahagian peminat bola sepak dunia dan perkara itu mungkin boleh kembali menjadi kenyataan jika Messi berhijrah Manchester City pada musim-musim akan datang.

Baca: Messi ucap ‘good bye’ kepada Barcelona?

Pep last game at camp nou 2012 Pep tidak mahu khidmat La Pulga di Manchester City?
Foto: FC Barcelona

Sebelum itu, Messi dikatakan telah membatalkan rundingan lanjutan kontraknya bersama skuad The Catalan. Difahamkan, penyerang berusia 33 tahun itu mahu meninggalkan Barcelona setelah tamat kontraknya pada 2021 kelak.

Perkara itu menyebabkan media dan peminat telah mengaitkan Messi dengan pelbagai kelab seperti Juventus, Inter Milan termasuk Manchester City yang diuruskan Pep pada ketika ini.

Baca: Syarikat tayar sedia ‘sponsor’ penghijrahan Messi ke Inter Milan

Menurut laporan ESPN, amat mengejutkan apabila Pep menolak untuk membawa bekas anak didiknya itu ke Stadium Etihad. Malah Pep yang juga bekas pemain Blaugrana mengharapkan Messi kekal bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Messi vs Real Madrid 2013 FC Barcelona Pep tidak mahu khidmat La Pulga di Manchester City?
Foto: FC Barcelona

“Saya tidak mahu bercakap (mengenai perpindahan) sehinggalah tamat musim (ini),” katanya ketika ditemubual.

“Saya mengharapkan Messi kekal bersama Barcelona.” tambah Pep lagi.

“Tamat musim nanti (saya akan bercakap mengenai perpindahan),

“Kami masih mempunyai sasaran tinggi untuk dicapai, cuba untuk bermain sebaiknya dan ini lebih penting,” ujar Pep lagi.

Ketika ini Pep sedang berusaha untuk membawa Manchester City meraih kedudukan naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selain sedang memburu kejuraan Piala FA dan UEFA Champions League.

Untuk rekod, Messi merupakan penyerang utama dalam taktikal Pep ketika di Barcelona dan keajaiban kedua-dua mereka telah memberikan Barcelona deretan kejuaraan seperti Copa del Rey, La Liga, Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Foto: FC Barcelona

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.