Pereka Grafik Di Sebuah Kelab Di Johor Bharu Dedahkan KWSP Dipotong Tapi Tak Dibayar

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sebuah kelab bolasepak berpengkalan di Johor Bharu dikatakan tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya sejak 2019 meskipun potongan dibuat daripada gaji.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pereka grafik berkelulusan Bachelor Degree yang telah bersama kelab tersebut sejak 2016 sambil memberitahu bahawa tekanan kerja di kelab itu cukup tinggi.

“Mula bekerja pada 2016 dengan gaji basic RM2,800 (gaji mati). Saya mendapat kenaikan gaji ke RM3,500 pada 2018 sehingga sekarang selepas saya menghantar notis. Gaji akan masuk tak menentu bergantung kepada keadaan big boss, biasanya pada 13hb atau selepas itu.

“Keseimbangan kehidupan kerja adalah teruk kerana perlu membawa laptop ke mana sahaja walaupun nak pergi ke waterpark ataupun pasar raya. Kena sentiasa standby 24 jam, dan kena sentiasa perhatikan telefon.

“Pada 2019, syarikat tidak membayar semua caruman EPF majikan tetapi mereka memotongnya daripada gaji. Sampai sekarang, EPF itu masih belum dibayar dan semua staff berdepan masalah untuk memohon pinjaman,” luah pereka grafik kelab bolasepak itu sepertimana viral di media sosial.

Luahan itu pada asalnya dikongsikan di instagram malaysianpaygap.

Tidak dapat dipastikan sama ada kelab yang dimaksudkan oleh pereka grafik ini sebuah kelab professional ataupun kelab amatur, tetapi berdasarkan tekanan kerja tinggi dan perlu sentiasa membawa laptop ke mana-mana, ianya seperti merujuk kepada sebuah kelab professional yang berkemungkinan besar beraksi dalam Liga Malaysia.

Mengikut Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991, majikan yang tidak membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb setiap bulan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Manakala majikan yang memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP pula boleh dikenakan penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Hakikatnya kegagalan sesebuah kelab membayar gaji ataupun bayaran lain seperti KWSP, LHDN dan sebagainya seperti telah menjadi satu barah dalam arena bolasepak tanah air pada hari ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.