Pergaduhan Gassama dan Zafuan tidak ada kaitan dengan ‘racism’

Gassama dan Zafuan Azeman berdamai
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dua pemain Kelantan United yang terlibat insiden pergaduhan sesama sendiri ketika perlawanan menentang Perak II pada minggu lalu, Gassama Alfusainey dan Zafuan Azeman, telah berdamai semula selepas pertemuan bersama pihak pengurusan kelab.

Sambil menegaskan tidak akan berkompromi dengan masalah disiplin pemain, Kelantan United dalam satu kenyataan memaklumkan insiden tercetus antara kedua-dua pemain adalah kerana ‘miscommunication’ dalam situasi pasukan sedang diserang dan tidak berkait dengan perkara-perkara lain.

“Insiden itu tidak melibatkan kata perkauman (racism) atau hal lain yang lebih teruk tetapi masalah komunikasi pemain dalam menterjemahkan arahan ketua jurulatih ketika perlawanan hampir ditamatkan.

“Pihak Kelantan United Football Club (KUFC) menyambut baik sikap profesional pemain untuk kembali berdamai demi kepentingan kelab dan pasukan seterusnya memberi sepenuh fokus membantu Kelantan United FC menamatkan baki 6 perlawanan Liga Premier seterusnya berada di kedudukan terbaik carta liga.

“Pihak pengurusan kelab berharap insiden ini tidak berulang lagi demi menjaga nama baik kelab dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Berita berkaitan : Kemenangan Kelantan United dicemari insiden pelik
Berita berkaitan : Serang rakan sepasukan sendiri, Gassama dihantar pulang

Kelantan United bimbingan Nazrulerwan Makmor menewaskan Perak II dengan jaringan 4-0 pada 28 Julai lalu, tetapi ianya insiden antara dua pemain itu lebih mencuri tumpuan apabila Gassama meluru dan menyerang Zafuan selepas wisel penamat ditiup pengadil.

Susulan itu, Gassama dilayangkan kad merah dan seterusnya dihantar pulang ke Kota Bharu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.