Perjanjian temui kegagalan, MFL saman iflix

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Masih ingatkah lagi anda dengan iflix? Ya, iflix, aplikasi tv internet yang juga penyedia perkhidmatan streaming atas talian terkemuka.

Pada 2018, iflix mendapat hak esklusif bagi menyiarkan aksi bolasepak Liga Malaysia apabila memeterai perjanjian 10 tahun bernilai sekitar RM300 juta bersama
Football Malaysia Limited Liability Partnership (kini Malaysian Football League, MFL).

Mungkin tidak ramai yang tahu, perjanjian itu sebenarnya telah menemui titik noktah dan MFL sudahpun mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Sumber MFL memberitahu TwentyTwo13.my : “Ya ianya benar kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas iflix. Saya tidak boleh dedahkan butiran kerana ia telah menjadi kes mahkamah, tetapi ia saman berjumlah jutaan ringgit.”

Football Malaysia Perjanjian temui kegagalan, MFL saman iflix

Menerusi perjanjian yang dimeterai ketika itu, iflix telah menyiarkan perlawanan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia di saluran Football Malaysia on iflix.

Selain itu, mereka juga menyediakan kandungan bolasepak untuk sepanjang musim seperti reviu dan rangkuman perlawanan, perlawanan ulangan, temuramah bersama pemain, dalam kata lain satu pengalaman bolasepak terunggul.

“Ini adalah kerjasama pertama seumpama ini terjalin di arena bolasepak Malaysia, melambangkan masa depan hiburan sukan, mengutamakan penyokong dan membawa semula bolasepak kepada mereka.

“Kini semua 20 juta pemilik smartphone, kawan mereka, keluarga mereka di Malaysia akan mendapat akses tanpa had ke bolasepak Malaysia buat kali pertama,” kata iflix ketika memeterai perjanjian.

Pada mulanya penyokong boleh menyaksikan secara percuma sebelum yuran langganan kemudiannya dikenakan.

Namun kualiti siaran dan juga streaming yang sentiasa ‘sangkut’ antara isu utama menjadi pertikaian penyokong waktu itu.

Sementara itu, pengulas bolasepak yang juga wartawan sukan, Nicolas Anil antara yang menjadi mangsa apabila tidak dibayar untuk perkhidmatannya, dan dia juga mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Saya bekerja untuk mereka sejak 2018 (media sosial, aktiviti promosi). Sejak ketika itu pun memang bayaran agak lambat tapi sekurang-kurangnya masih dibayar.

“Pada tahun lalu saya sudah mula keberatan tetapi mereka bersetuju membayar saya pendahuluan, jadi saya setuju.

“Tetapi selepas itu mereka tiada duit, dan bayaran terakhir saya terima adalah pada September 2019. Walaupun banyak kali mengingatkan, permintaan bayaran saya tidak dilayan dan saya tiada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang.”

Nicolas juga memberitahu individu yang berunding dengannya sudah tidak lagi bersama syarikat itu.

Untuk versi bahasa inggeris artikel ini, boleh baca di : https://twentytwo13.my/issues/another-deal-turns-sour-for-malaysian-football/

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.