“Permainan Macam Ni Lah Aku Tunggu Selama Ini” – Dollah Salleh

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ada perkara positif yang menggembirakan Dollah Salleh di sebalik kekalahan 1-2 dialami Sri Pahang FC kepada Penang FC di Stadium Darul Makmur pada Ahad.

Menurut Dollah Salleh, buat pertama kali selepas sekian lama, pemain-pemain menunjukkan rentak permainan seperti yang dimahukannya.

“Dah begitu lama kita tercari-cari rentak sebab tak dapat turunkan kesebelasan terbaik, tapi hari ini kita dapat hampir 90 peratus pemain utama, cuma Abu Bakar Yakubu jer tak ada, tapi saya anggap ini dah cukup baik.

“Kita dapat buktikan, tingkatkan persembahan dan saya cukup berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan khususnya di separuh masa pertama sampai saya rasa inilah permainan yang selama ini aku tunggu, cuma keputusan jer menghampakan.

“Banyak peluang kita tak manfaatkan, dan selepas mendahului 1-0 mungkin pemain sudah puas, kemudian kesilapan ketika gol pertama itu membuatkan pemain hampa, itu sikap kita tak nak. Seolah kau frust kau tunjuk pulak pada lawan kelemahan tersebut.

Sebenarnya ada masa 10 minit lagi boleh bangkit dan melawan tapi masing-masing tunjuk kelemahan kat situ, dan lawan ambil kesempatan menjaringkan gol kedua, itu juga soft goal. Sayang, sebab kita dah main baik tapi keputusan tak menyebelahi.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama sebelum Sri Pahang menjaringkan gol pembukaan menerusi Kenny Athiu yang menyudahkan hantaran Baqiuddin Samsudin pada minit ke-61.

Penang FC bimbingan Thomas Trucha membalas tujuh minit kemudian menerusi Endrick Dos Santos setelah rembatan lemahnya gagal ditangkap kemas Helmi Eliza.

Pasukan pelawat kemudian berada di depan tiga minit kemudian selepas Danial Ashraff Abdullah menjaringkan satu lagi gol mudah, hanya seminit selepas dimasukkan.

Sementara itu, Dollah Salleh juga memuji keberkesanan gandingan antara Muslim Ahmad dan Nick Swirad di pertahanan.

“Memang banyak perbezaan di pertahanan, Nick banyak communicate dengan pemain lain, bagi arahan kepada kawan-kawan, itu kekurangan kita selama ini. Kita perlukan seseorang untuk bersuara dan bagi arahan,” ujar Dollah Salleh.

Foto ehsan : Malaysian Football League

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.