Piala AFF : Dah Terciduk, Tuduh Laos Jual Perlawanan Kepada Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Susulan kekalahan besar di tangan Malaysia dalam aksi Piala AFF 2020, menyebabkan ada pihak bengang sehingga menuduh Laos menjual perlawanan.

Hatrik jaringan Safawi Rasid pada minit ke-7, 34 dan 80 serta gol Shahrul Saad memastikan kemenangan kedua Malaysia dalam aksi Kumpulan B namun Malaysia dikatakan menang mudah kerana keputusan perlawanan telah diatur.

“Nampak jelas sangat keputusan perlawanan telah diatur dengan Laos menjual perlawanan kepada Malaysia. Kamu (penganjur) sepatutnya mulakan siasatan, ini berlaku di Singapura,” ujar pengguna akaun twitter yang menggunakan nama Oriental Gambler.

Ianya jelas satu tuduhan yang tidak berasas mengambil kira yang membuat tuduhan ‘liar’ itu sendiri adalah kaki judi namun individu tersebut tetap berkeras dengan dakwaannya dan menegur penganjur kerana sekadar pejam mata melihat situasi ini.

Rata-rata penyokong yang memberi reaksi kepada tweet berkenaan menganggap ia bahan jenaka dan mengasihani individu tersebut kerana dia berkemungkinan ‘melalut’ akibat kalah pertaruhan.

Sementara itu, hasil kemenangan meyakinkan ke atas Laos, Harimau Malaya ketika ini sedang memimpin Kumpulan B dengan enam mata.

Malaysia akan menentang Vietnam pada 12 Disember dengan satu lagi kemenangan akan mengesahkan tempat buat skuad Tan Cheng Hoe ke perlawanan separuh akhir.

Skuad negara bertandang ke pertandingan kali ini dengan sasaran mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut walaupun dengan persiapan serba pincang kehilangan beberapa pemain utama dan hanya berlatih bersama selama beberapa hari.

Malah selepas tiba di Singapura, Harimau Malaya kehilangan pula khidmat Faisal Halim, Khairul Azhan serta terbaru Akhyar Rashid dan Quentin Cheng kerana Covid-19.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.