Piala FA : “JDT Pasukan Yang Sentiasa Pandang Ke Depan, Tiada Masa Fikirkan Kekalahan Lalu”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Hector Bidoglio, menjelaskan pemain-pemain sudah tidak mahu mengingati lagi memori kekalahan di pentas Piala Malaysia 2021.

Baginya, JDT sudah mengambil pengajaran sepatutnya dalam perlawanan berkenaan dan mereka kini berada di tahap terbaik bagi memperagakan aksi cemerlang di perlawanan akhir Piala FA 2022 pada Sabtu yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“JDT adalah sebuah kelab yang sentiasa memikirkan tentang masa hadapan dan sudah melupakan apa yang berlaku sebelum ini. Namun, kami mengambil pengajaran apa yang telah berlaku dan sudah bersedia berikan aksi terbaik pada hari perlawanan.

“Kami sentiasa hormat kepada Terengganu sebagai lawan kami tetapi kami berada di tahap keyakinan yang tinggi pada masa sekarang selepas melihat keyakinan pemain-pemain kami.

“Di final, kami akan akan cuba kekalkan cara yang sama dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini iaitu bermain secara bertekanan tinggi, menguasai bola serta sentiasa kompak dan mencari ruang untuk melakukan serangan,” katanya.

Sementara itu, jika diturunkan pada perlawanan akhir, penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias, mengharapkan satu kenangan manis mampu diukir kerana bakal menjadi penampilan final pertamanya di Piala FA.

Sebelum ini, Farizal hanya memerhatikan dari bangku simpanan ketika rakan sepasukan, Izham Tarmizi
membantu JDT menjulang kejuaraan pertama pada 2016 menewaskan PKNS FC, 2-1.

Justeru, dia berjanji akan berikan segala-galanya dalam membendung asakan Terengganu FC yang diakui boleh memberikan banyak ancaman kepada benteng JDT.

“Saya sudah lama bersama dengan JDT cuma final sebelum ini saya tidak bermain dan jika diturunkan, ini akan menjadi final pertama di Piala FA.

“Saya akan cuba sehabis baik bagi membawa pulang trofi Piala FA ke Johor tetapi berdepan Terengganu, bukan mudah kerana mereka sebuah pasukan yang konsisten.

“Mereka punyai kemampuan untuk memegang bola serta menjana serangan-serangan yang efektif dan ada kepantasan tersendiri.

“Jadi, kami tidak boleh berikan banyak peluang kepada mereka untuk menjaringkan gol untuk aksi final nanti,” kata Farizal Marlias.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.