Piala FA : Sri Pahang Hampir Dikejutkan Manjung City

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sri Pahang FC terselamat daripada kejutan besar dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2022, tatkala mereka memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Manjung City FC dengan keputusan 5-4.

Di atas kertas, pasukan kendalian Chritophe Gamel yang turun beraksi buat pertama kali musim ini dilihat sebagai pilihan mutlak untuk memenangi perlawanan ini dan mara mudah ke pusingan kedua, mengambil kira status Manjung City sebagai pasukan dari Liga M3.

Malah Sri Pahang juga menurunkan barisan terbaik mereka termasuklah empat pemain import iaitu Billy Ketkeopomphone, Mahmoud Saleem Za’tara, Manuel Hidalgo dan Johan Martial di dalam kesebelasan utama selain kelibat pemain berdarah kacukan Sean Gan Gianelli manakala seorang lagi import Mamadou Samassa dimasukkan pada separuh masa kedua.

Namun, Manjung City yang juga pendahulu saingan Liga M3 jelas berjaya menyukarkan skuad tok gajah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Darulmakmur, mengagalkan deretan percubaan sepanjang 120 minit dengan aksi ultra defensif untuk memastikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dalam penentuan penalti, Sri Pahang menyudahkan kesemua sepakan mereka menerusi Billy Ketkeo, Johan Martial, Muslim Ahmad, Manuel Hidalgo dan Azwan Aripin manakala Manjung City pula hanya menyempurnakan empat sepakan menerusi Wan Ahmad Izzat, Faizzwan Dorahim, Ikmal Hakim dan Shahrul Naim manakala sepakan Sasikumar diselamatkan Samassa.

Foto kredit : Sri Pahang FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.