Pindah ke Real Madrid mungkin keputusan salah

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bintang Liverpool Mohamad Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino telah membina reputasi gah sebagai antara gandingan terbaik bolasepak dunia dan berdasarkan kelas mereka, trio itu boleh beraksi dengan mana-mana kelab terbaik dunia termasuklah Real Madrid.

Tetapi meninggalkan Liverpool untuk bersama kelab gergasi La Liga itu tidak semestinya satu keputusan tepat, ia boleh juga menjadi keputusan yang salah.

Itu pandangan bekas penyerang Perancis, Nicolas Anelka. Apa sebabnya?

Anelka mencipta nama dengan memenangi gelaran berganda Liga Perdana Inggeris dan Piala FA bersama Arsenal pada 1997/1998, dinobatkan Pemain Muda Terbaik EPL 1998/1999 dan semusim kemudian menambah koleksi kejuaraan dengan menjulang Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid pada 1999/2000.

Namun pada hakikatnya pemain itu tidak mengharungi perjalanan karier yang menggembirakan bersama Real Madrid, bertahan hanya semusim sebelum kembali menyertai Paris Saint Germain, tempat di mana dia memulakan karier.

“Saya pernah membuat keputusan meninggalkan Arsenal untuk Real Madrid ketika di kemuncak prestasi, saya tidak anggap ia keputusan yang salah tetapi saya akui menyesal tinggalkan Arsenal.

“Hari ini apabila saya lihat Salah, Mane dan Firmino, saya yakin kelab besar seperti Real akan berminat dengan mereka. Mereka ada kualiti untuk bermain di sana.

“Saya sangat suka melihat aksi mereka, terutama Firmino kerana dia adalah ‘mastermind’ kepada permainan Salah dan Mane.

Salah Firmino Mane Liverpool Pindah ke Real Madrid mungkin keputusan salah

“Tetapi jika ditanya pada saya, mereka tidak perlu berhijrah. Kekal di Anfield kerana inilah tempat mereka. Mereka membina reputasi dan mengecap kejayaan bersama Liverpool, takkan ada tempat yang lebih baik untuk mereka. Pernah satu ketika saya berasa cukup tertekan kerana saya tahu kegembiraan saya adalah di Highbury.

“Lagipun, Liverpool sendiri adalah sebuah kelab elit, boleh bersaing dengan Real Madrid, sudah menakluk Eropah, menakluk dunia, sebolehnya mereka bertiga kekal dan memburu lebih banyak kejayaan bersama Liverpool,” kata Anelka yang turut pernah menyarung jersi Liverpool sebagai pemain pinjaman pada 2001/2002.

Bersama Perancis, Anelka pernah menjulang Euro 2000 dan Piala Konfederasi 2001.

Sumber : skysports, besoccer.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.