Piya Bantu Pasir Pekan FC Muncul Juara Piala Sultan Pahang 2022

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasir Pekan FC dari Kelantan muncul juara Kejohanan Piala Sultan Pahang (PSP) 2022 edisi pertama selepas menewaskan Semantan Troopers FC, 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, pada Sabtu.

Kemenangan itu hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Wan Ahmad Shakir Adli Wan Afendi pada minit ke-42 dan jaringan padang bekas kapten berpengaruh skuad The Red Warriors, Mohd Badri Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Piya pada minit akhir perlawanan.

Piya yang juga bekas pemain kebangsaan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Tuan rumah Semantan Troopers memperolehi gol saguhati melalui Rizuwan Hakim Rozali tiga minit sebelum separuh masa kedua berakhir.

Penyampaian hadiah kemenangan Piala Sultan Pahang 2022 telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustaffa Billah Shah.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir barisan kepimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Foto ehsan : Utusan Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.