Pogba pertahan islam sebagai agama yang cintakan keamanan dan kasih sayang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bintang Manchester United, Paul Pogba membidas laporan media antarabangsa, The Sun, yang mengambil kesempatan terhadap kenyataan kontroversi Presiden Perancis Emanuel Macron mengenai agama islam untuk menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

The Sun pada Isnin melaporkan Paul Pogba yang juga anggota skuad Piala Dunia Perancis 2018, telah membuat keputusan untuk bersara dari arena antarabangsa susulan kenyataan Emanuel Macron yang melabel islam sebagai sumber keganasan antarabangsa.

Malah, keputusan kerajaan Perancis memberi French Legion d’honneur, anugerah tertinggi negara Perancis kepada Samuel Paty, guru yang mati dipenggal kepalanya selepas menghina agama islam, yang mana Macron menyifatkan pembunuhannya sebagai serangan pengganas Islam – menjadi salah satu faktor Paul Pogba membuat keputusan berkenaan.

Bagaimanapun Paul Pogba menafikan berita itu dan melabelnya sebagai 100 peratus palsu.

“Jadi The Sun nampaknya buat hal lagi, berita yang 100 peratus tidak berasas mengenai diri saya sedang tersebar, menulis perkara yang tidak pernah saya nyatakan atau fikirkan.

“Saya terkilan, marah, terkejut dan sangat kecewa apabila beberapa sumber media menggunakan (nama) saya untuk membuat tajuk utama yang palsu dengan mengambil kesempatan ke atas situasi semasa di Perancis malah menjadikan agama saya dan pasukan kebangsaan saya sebagai subjek di dalam berita.

“Saya menentang segala bentuk kezaliman dan keganasan, agama saya adalah salah satu agama yang tenang, cintakan keamanan, kasih sayang dan perlu dihormati.

“Malangnya ada orang media tidak bertanggungjawab apabila menulis berita, menyalahgunakan kebebasan, tidak sahkan terlebih dahulu apa yang mereka tulis atau terbitkan semula itu betul atau salah, mewujudkan rantaian gosip tanpa mengambil kira kesannya terhadap hidup orang lain termasuk diri saya.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbit dan penyebar berita yang 100 peratus palsu ini.

“Sedikit kata dua kepada The Sun, walaupun kamu tidak pernah peduli: kalau kamu pernah pergi ke sekolah, mungkin masih ingat cikgu mengatakan sentiasa semak sumber anda, jangan tulis tanpa kepastian.

“Tapi nampaknya kamu buat lagi (perkara sama) dan kali ini atas topik yang lebih serius, malulah kamu,” menurut bekas pemain termahal dunia itu.

Foto kredit : Manchester Evening News

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.