Pulau Pinang muncul juara Liga Premier setelah berpesta gol belasah KUFC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pulau Pinang muncul juara Liga Premier 2020 dengan penuh bergaya selepas membelasah Kelantan United 4-0 di Stadium Bandaraya pada Jumaat.

Kemenangan keenam berturut-turut buat skuad Manzoor Azwira Abdul Wahid menyaksikan mereka mengumpul 26 mata, lima mata meninggalkan Kuala Lumpur yang sekadar seri tanpa jaringan menentang Perak II, sekaligus mengesahkan kejuaraan dengan baki satu perlawanan dalam tangan.

Pulau Pinang membuka jaringan menerusi Lee Changhoon pada minit ke-18 dan menggandakan kelebihan dua minit kemudian menerusi Muhammad Al-Hafiz Harun untuk kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.

Bobby Gonzales menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-53 dan Casagrande yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan kemenangan 4-0 pada minit ke-73.

Baca : Kata dua Amar Pritpal, kalau betul terbang tunjuklah bukti

Aksi terakhir nanti Pulau Pinang akan menentang Terengganu FC II di gelanggang lawan.

Kuala Lumpur yang telah mengesahkan tempat di Liga Super kini akan bersaing untuk muncul naib juara Liga Premier dengan Terengganu FC II.

Sementara itu bagi Kelantan United bimbingan Nazrulerwan Makmor pula, ia adalah kekalahan keenam berturut-turut pasukan itu yang pada awal musim dilabel sebagai salah satu pasukan tumpuan dan pencabar kejuaraan.

Mereka ketika ini berada di tangga kesembilan dengan sembilan mata dan semakin hampir terlepas tiket beraksi di Piala Malaysia sepertimana disasarkan.

Baca : Wajib kejutkan Pulau Pinang, semakin sukar buat Kelantan United

Dalam ranking pemburuan tiket ke Piala Malaysia yang menjadi rebutan tiga lagi pasukan, skuad sang kijang hijau berada di tangga keenam.

Mereka mempunyai satu lagi peluang untuk masuk ke kelompok lima terbaik (tolak tiga pasukan feeder team) apabila turun menentang pasukan Selangor II pada aksi terakhir nanti.

Namun, mahu tidak mahu mereka terlebih dahulu perlu mengharapkan bantuan pasukan jiran setempat, Kelantan FC untuk menewaskan Negeri Sembilan dan dalam masa sama turut berharap Kuching FA yang menang dua perlawanan terakhir sebelum ini turut gagal mengutip mata ketika menentang JDT II pada Sabtu (3 Oktober).

Jika gagal ke Piala Malaysia, sudah tentu pemecatan Zahasmi Ismail akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Foto : FA Penang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.